"Saya hadir dalam pelancaran Maal Hijrah di Dewan Pusat Islam Iskandar Johor Bahru pada 1 Muharam lepas, pada sebelah pagi. Apa yang menarik perhatian saya, ada program perbarisan yang dipanggil Bridget Ansor semasa menyambut ketibaan Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman. Apabila Menteri Besar melangkah masuk ke perkarangan Pusat Islam, beliau disambut dengan perbarisan ini.
Saya pada mulanya tertanya-tanya, apa itu Bridget Ansor ini? Saya mendengar ikrar yang dilafazkan oleh ketua kontigen, maka tahulah saya bahawa itu pasukan penyelamat banjir. Semasa di dewan, saya sempat bertanya dengan seorang kakitangan Jabatan Agama Johor yang duduk di sebelah saya .....
Sebagai kakitangan Jabatan Agama Johor, beliau sendiri menceritakan kepada saya segalanya berkaitan Bridget Ansor. Katanya, itu semua lakonan semata-mata oleh Pengarah Jabatan Agama Johor, Dato' Zalil bin Baron. Beliau berkata, pasukan penyelamat banjir itu tidak pernah pun terlibat di dalam menyelamat sewaktu banjir, atau pun kerja-kerja selepas banjir. Bridget ini dilatih oleh Jabatan Pertahanan Awam JPA3. Katanya Bridget Ansor itu adalah ditubuhkan semata-mata untuk sambutan Maal Hijrah sahaja. Katanya, semua pegawai yang berumur 40 tahun ke bawah diwajibkan menyertai perbarisan itu, kalau ingkar akan diambil tindakan termasuk ditukarkan atau ditamatkan kontrak (sekiranya berjawatan kontrak). Katanya di Jabatan Agama sekarang, lebih 60 % adalah pegawai dan kakitangan kontrak yang mengikut saja arahan pengarah.Ceritanya lagi, dia ada bukti surat seakan ugutan supaya menyertai perbarisan ini, kalau ingkar, tindakan tegas akan dikenakan.
Terfikir juga saya, orang tengah sibuk-sibuk banjir, tak ada dengar pun anggota Bridget Ansor yang bantu. Katanya lagi, semua ini adalah idea Dato' Zalil seorang yang kononnya untuk menunjukkan kepada Menteri Besar bahawa dia yang membuat sesuatu yang terbaik di Jabatan Agama Johor. Sebaliknya penipuan semata-mata.
Katanya lagi, Dato Zalil bercita-cita hendak menjadi Setiausaha Kerajaan Johor selepas ini, atau nak jadi Ahli Dewan Undangan Negeri, lepas tu jadi exco. Kalau orang seperti inilah, lingkuplah Johor.
TIPAH TERTIPU LAGI, SELAMATKAN JOHOR.
No comments:
Post a Comment