1.13.2008

Kenapa saya tidak boleh mengundi Umno-BN?

Kenapa saya tidak boleh undi UMNO/BN ? Saya pernah terfikir apakah kesannya ke atas diri saya seandainya saya memberi undi saya kepada Umno-BN dan menjadikan Umno - BN terus berkuasa dan mengekalkan segala sistem, amalan, peraturan dan perundangan yang sedang dilaksanakan di negara.

Image

Pastinya saya lihat dari perspektif seorang Muslim yang mempunyai tanggungjawab ke atas Penciptanya, dan tanggungjawab ini mengatasi segala-galanya.

Sebagai seorang Muslim, saya beriman dengan rukun iman yang enam, dan berusaha menyempurnakan rukun Islam yang lima . Salah satu dari rukun iman yang enam ialah beriman kepada kitab. Sebagai umat akhir zaman, kitab panduan dan pegangan saya ialah al-Quran. Dalam al-Quranlah terkandungnya segala petunjuk.

Beriman dengannya adalah dengan cara mempelajari, memahami dan mengamalkannya. Tidak percaya dengan apa yang terkandung di dalamnya akan menjadikan seseorang itu kufur, yakni kafir sesudah beriman dan tidak melaksanakan mana-mana perintahNya akan menjadikan seseorang itu bermaksiat kepada Allah dan tergolong sebagai fasik.

Dalam al-Quran saya temui ayat-ayat yang menyatakan perintah Allah kepada manusia agar melaksanakan segala peraturan dan perundangan Allah di bumiNya ini. Antaranya:

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat" (an-Nisa: 105)

"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir" (al-Maidah: 44)

"Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (al-Maidah: 45)

"Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik" (al-Maidah: 47)

"Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu, dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah An-Nisa: 60)

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka ..." (Surah Al-Ahzab: 36)

Dari ayat-ayat Al-Quran di atas jelas menunjukan bahawa melaksanakan undang-undang, peraturan dan hukum-hukum Allah di atas muka bumi ini adalah perintah Allah. Tentu saja begitu kerana bumi ini kepunyaan Allah. Allah Pencipta dan Penguasanya. Saya ini milik Allah, segala yang ada pada saya adalah kurniaan Allah.

Patut dan taat

Saya hambaNya, maka sebagai hamba, patuh dan taat sajalah kepada segala perintah Allah tanpa sebarang hujah atau alasan. Siapa saya nak berhujah dengan Allah? Jika saya tidak mahu melaksanakan peraturan Allah maka perlulah saya mencari bumi atau planet lain yang bukan milikNya, barulah saya bebas mencipta peraturan sendiri!

Maka, di sini adakah segala perintah Allah itu dilaksanakan oleh Umno - BN? Jika tidak laksanakannya apakah hukumnya? Apabila jelas sesuatu perintah Allah tak dilaksanakan, sekurang-kurangnya seseorang itu termasuk dalam golongan fasik dan bermaksiat kepada Allah, kalau mengingkarinya maka jatuh kafir.

Umno - BN tidak mempunyai niat untuk melaksanakan undang-undang Allah di negara ini. Lebih teruk lagi, para pemimpinnya baik yang mengaku Islam, lebih-lebih lagi yang bukan Islam, ada yang menghina, mempersendakan dan memperlekehkan hukum-hukum Allah dan al-Quran itu sendiri.

Kita semua tahu bahawa tiada sebarang dasar dalam Umno sendiri yang menjadi paksi perjuangan bagi menjadikan hukum-hukum Allah yang terkandung dan termaktub dalam al-Quran sebagai undang-undang utama di negara ini.

Apabila ini sudah jelas maka jelas juga bahawa melaksanakan hukum dan peraturan ciptaan manusia, mengatasi hukum dan peraturan Tuhan adalah perbuatan maksiat terhadap Allah malah ia membawa syirik dan kufur. Maka dalam hal ini, haram hukumnya untuk taat kepada pemimpin yang menyeru kepada hal bermaksiat kepada Allah. Tiada lagi kewajipan dan ketaatan ke atas pemimpin dalam perkara ini.

Dari Ibnu Umar dari Nabi s.a.w., baginda bersabda: 'Wajib atas seseorang Muslim untuk mendengar dengan patuh dan mentaati baik dalam hal yang ia senangi dan yang ia benci, melainkan jika ia diperintah untuk sesuatu kemaksiatan. Maka apabila ia diperintah - oleh penguasa pemerintahan - dengan sesuatu kemaksiatan, tidak bolehlah ia mendengarkan perintahnya itu dan tidak boleh pula mentaatinya.' (Muttafaq 'Alaih)

'Setiap Muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahu pun dibenci. Tetapi apabila diperintahkan dalam hal kemaksiatan, maka tidak boleh mendengar dan taat'. (Hadis Riwayat Muslim 3/1468. Tirmizi 1707 dan Ibnu Majah 2864 dari jalur Laits bin Sa'ad dari Ubaidillah al-Umari dari Nafi' dari Ibnu Umar)

Oleh itu, apabila saya mengundi Umno/BN dan menjadikan Umno/BN terus memerintah negara ini dengan hasil undi saya, dan terus mengekalkan undang-undang dan peraturan yang bertentangan dengan perintah dan kehendak Allah, maka saya turut sama berlaku maksiat kepada Allah kerana saya yang memberi undi dan kemenangan kepada Umno - BN untuk terus berkuasa dan bermaksiat kepada Allah. Maka, dengan itu jelas sebabnya kenapa saya tidak boleh mengundi Umno/BN kerana kepatuhan dan tanggungjawab yang utama adalah melaksanakan segala perintah Allah dan RasulNya.

'Sesungguhnya solatku dan ibadahku dan hidupku dan matiku kerana Allah, Tuhan sekalian alam'. --- ABA.

No comments:

ADs