Showing posts with label LiFE. Show all posts
Showing posts with label LiFE. Show all posts

7.24.2010

Tanda Pencipta mencintai manusia

PASRAH: Wirid dan doa mendekatkan hubungan antara insan dengan Maha Pencipta.

Insan dibekal hati, perasaan, akal dan fikiran membezakan

APABILA rakyat mencintai rajanya, hal itu perkara lazim dilakukan. Bagaimanapun, suatu hal sungguh menyentuh hati ialah apabila seorang raja mengasihi rakyat tanpa pilih kasih. Sanggup berdebu dan menjejak tanah, memberi apa diminta dan mendengar setiap rintihan dengan hati paling lembut kepada rakyat.

Begitulah cinta Allah kepada hamba-Nya. Maha Agung dan Perkasa itu mengisytiharkan kedudukannya yang amat dekat kepada hamba-Nya. Firman Allah bermaksud:

“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Sesungguhnya apabila Allah mencintai hamba-Nya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati bersih. Ketika Allah mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaan-Nya.

Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia antaranya:

* Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila dia menjadi begitu berminat dengan ibadah.

Adakalanya sesetengah orang berusaha sekuat-kuatnya untuk beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya hanya satu iaitu mahu mencintai Allah.

Tetapi ibadahnya seolah-olah kosong tanpa rasa, tawar tiada kemanisannya, semangat imannya maju dan mundur, turun dan naik, akhirnya tenggelam pula dipukul arus dunia. Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan bahawa saat itu Allah mencintai dirinya.

Pernahkah kita menikmati sujud yang panjang sambil menghadirkan dalam hati bahawa saat itulah Allah mengisytiharkan nama kita sebagai orang dicintai-Nya?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika Allah mencintai seorang hamba maka Ia berfirman: Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)

Maka orang yang yakin bahawa Allah mencintai dirinya tidak pernah rasa was-was adakah ibadahnya diterima atau tidak? Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah Allah juga. Bukan kerana kehebatan dan kewarakan, melainkan Allah yang menuntun ke jalan takwa.

Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai Allah iaitu cinta Allah kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan. Manusia boleh mengkhianati ibu bapanya atau anak dan isterinya, kawan atau kekasih atas alasan tidak mendapat keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta Allah kekal tidak pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.

* Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila maksiat membuat dia bangkit mendekati Allah.

Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa kepada keinsafan, taubat dan istighfar.

Kemudian seseorang bangkit mengejar Allah, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Ia sentiasa mengingati janji Allah Yang Maha Pengampun.

Firman Allah bermaksud:

“Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)

Janganlah kerana dosa semalam seseorang menyangka Allah tidak sudi mendengar rintihannya, terputus tali langit di hatinya, tertolak segala doanya dan terusir dia daripada pandangan Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya Allah akan mematikan kamu. Kemudian Allah akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada Allah lantas Allah mengampuni mereka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Hamba yang taat apabila perangainya berubah menjadi iblis pun Tuhan tetap menunggu, di setiap malam rintihan hamba itu diintip hingga ia pulang kembali ke sisi-Nya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Tuhan kita turun ke langit dunia pada waktu malam tatkala tiba sepertiga malam yang akhir lalu berfirman: Siapakah yang berdoa kepada-Ku nescaya aku terima, siapakah yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri dan siapakah yang meminta ampun nescaya Aku ampuni.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengapa Allah masih mencari hamba-Nya yang jahat, membangkang dan suka berpaling dengan sombong? Kecintaan apakah itu yang boleh memaafkan sekeji-keji dan sehina-hina manusia? Betapa lembutnya Allah dan Maha Pengasih lagi Penyayang kepada makhluk-Nya.

Dengan cinta-Nya ditutupi segala aib hamba yang hina, memberi peluang berjuta kali dan menangguhkan seksa untuk tetap setia menunggu di langit dunia, bilakah agaknya hamba-Nya ini mahu membersihkan diri.

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.”

* Tanda Allah mencintai seorang hamba ialah apabila dilapangkan dadanya menerima ilmu yang menjadi petunjuk ke jalan benar.

Allah tidak sesekali membiarkan seseorang insan terkapai-kapai dalam lautan dosa. Bahkan dikirim ke atas hati manusia petunjuk hidayah-Nya supaya manusia terselamat daripada gelombang keganasan dirinya sendiri.

Manusia dibekalkan hati, perasaan, akal dan fikiran untuk membezakan mana baik serta yang keji. Tidak cukup dengan itu, diutuskan juga Rasul, diturunkan al-Quran, dilahirkan pejuang agama-Nya terpilih untuk menerangi kegelapan seraya berdakwah fisabilillah.

Allah juga menjaga pusaka peninggalan Rasul iaitu ilmu Islam, menjaga al-Quran daripada pencerobohan manusia dan mewariskan sunnah Rasul-Nya supaya menjadi ikutan. Baginda SAW bersabda bermaksud:

“Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4.27.2010

Hati yang Ikhlas


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?” Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?” Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!” Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?” “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja,
sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.

Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!” “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.” “Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” “Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan
kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”Giliran saya pula tersenyum.“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.

Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back…Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.

Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar. “Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?” “Bekerjalah dengan gigih.

Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…” “Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!” “Kenapa?” “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. “Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Wallahu’alam.

Dari Sahabat

12.02.2009

2012 : Ramalan tentang kiamat oleh bangsa Mayan

ADAKAN INI SECARA KEBETULAN ATAU MEMANG ALLAH SUDAH TERANGKAN DIDALAM ALQURAN

KIAMAT SEPERTI YANG DIHEBOH-HEBOHKAN OLEH PARA SAINTIS ADALAH PADA 21 DEC 2012. ADAKAH AYAT QURAN INI MENGGAMBARKAN APA YAMG MEREKA KATAKAN. MARI KITA RENUNGKAN.

PERHATIKAN :

DALAM RUMI : SURAH KE 21; AYAT 12-20
DALAM JAWI : 20-12-21 (JAWI DIBACA DARI KANAN KE KIRI) MAKA 21HB 12 TAHUN 20-12

INI AYATNYA:

[12]



Maka ketika mereka merasai (kedatangan) azab Kami, mereka dengan serta-merta lari keluar dari negeri itu.

[13]



(Lalu dikatakan kepada mereka): “Janganlah kamu lari, dan sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup yang telah diberikan kepada kamu, dan ke tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa yang berlaku”.

[14]



(Akhirnya) mereka berkata: “Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!”


[15]



Maka demikianlah seterusnya jeritan dan keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka hancur lebur dan sunyi-sepi.


[16]



Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.


[17]



Sekiranya Kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah Kami akan mengambilnya dari sisi Kami; Kami tidak melakukannya.


[18]



Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. Dan (tetaplah) kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap Kami).


[19]



Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih.


[20]



Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti.

SURAH 21 ADALAH AYAT SURAH : AL-ANBIYA

6.21.2009

Majlis Perkahwinan Biin vs Hanis

20hb Jun 2009 - Majlis Perkahwinan Abg tua sulung kat pasir beremas. Nak kasik cerita, kali ni umah aku dah berhias cam umah anak raja. Tema ungu yg mak plan mmg cumil.. kalo nak ushar gambo2 hiasan umah and action kamen kitrg time revamp umah sempena kawin tu memandailah klik link kat sini. Aku kat sini :). Malas nak citer panjang2, tapi aku appreciate gler kat kengkawan yg sudi singgah ke kelantan sempena abg aku kawin. Walaupon korang tak sempat nak ratah sekor kambing at least gulai kambin yg sodap tuh buat korang tak tdo malam. And last but not least, utk golongan makcik pokcik jgn buat lupe utk singgah hospital kasik cek korang nyer darjat ketinggian darah beku korang.. manalah tahu bole kitaorg buat kenduri sekali lagi hehe..

6.16.2009

The Imperative Fate

The lost of my precious machina. My E6500 gone missing :(
Citer ni memang bukan senang nk citer sbb dia melibatkan emotion killing me softly.. tp kene cter gak sbb nak kasi pudar sket. Cerite bermula bila aku baru balik bermamontai ngan kengkawan layan citer 'Drag me to hell'. So masa tu kira dlm kul 12 mlm lebih. Disebabkan terlalu hepi, so nak gak transfer gambo kat Laptop. So aku plan nak pakai bluetooth. Yang ada teknologi ni kat gadget aku cume laptop je, so aku carik la tempat yg biasa aku simpan. Seperti biasa.. wohooo dok mano weih.. bakpo bole ile nih.. Time tu aku try think as positive as i can. But it seem my suspicious become worse.. sbb mmg aura umah aku time tuh cam xeluk. Aku try tenang jap fikir my next move. So aku try contact my aniki tanya laptop, takut dia buat lari g umah bini dia. Tp tak pasal2 kene sound.. aku amik plan b plak tanya budak2 umah yg masih belum syahid. Cam biasa.. jawapan tak memihak pada aku.. sumer iling kepala. So, masa tuh aku dah rasa weng cam nak breakdance je.

6.14.2009

Kingdom Of Heaven

14 Jun 2009 (Ahad) Aku ditakdirkan mendapat peluang baru dalam hidup. Walaupun xde la boleh dibanggakan sangat tp peluang ni mmg jarang2 dpt and org2 tertentu je yg dpt rasa keistimewaan menalah nie. Memang kalo nak diikutkan region yg nak aku conquer tu memang dulu x de la bes pon sampai lah sorang budak nie yg jugak aku nyer big bro.. setup that region. Aku mula2 memang pandang sampah je tp pas 2-3 bulan, tengok2 boleh tahan jugak semaian resources region nih. Kalo dulu muka aku asyik berkerut lalu area ni tp sekarang sengeh menyegeh lak. Sampailah satu tahap datang seru, kalo lah aku dapat tibai balik area51 nie, nak gak aku modify giler2. So, ilham yg dtg tu aku tak sia2 kn.. aku guna mcm2 sistem untuk pysho mamak ni kuar dari area51. Mcm2 citer aku buat kasik horror la tu la tp mmg x makan saman mamat ni.. dari horror dia tempias jadik humor, kambin tul! So aku gunakan pendekatan manual Alchemist... kasik poison sket.. hari2 sambil2 lalu aku buat anthrax.. buang kulit pisang la, kasik biji epal la, taruk tulang KFC la tu la.. lama2 dedak setan dlm aku nyer plan tu menampakkan kesuburan. Area51 dah jadi labu.. Tapi plan belum cukup sampai tahap dajjal. So seminggu je bertahan, area51 dah upgrade dia nyer security. Memang technology tul lah walaupun technology tu sekadar tombol pintu je.. Belom penah aku tengok tekno yg giler sakan sampai salvation aku dibuat. Tp memang kalo dah dasar tu setan, bagi la pe pon ade je plan... sampailah aku berjaya memecahkan backdoor area51 dengan kad pintar dgn smart sekali. Kali ni bintang kelahiran memihak pada aku. Dikhabarkan plak budak hingusan ni dah nk kuar plak sbb sudah mendapat keestablishan yg tahap maksim di area lain. Hehe, senyum ku mengalahkan senyuman kambing di benua afrika.. aku pun membuka ruang melancarkan misi terakhir di medan area51. So hari ini, aku melakar satu lagi sejarah yg lama terbuku di benak medulla oblongataku. Big bro telah menyerahkan area51 kat aku secara official. Untuk meraikan kejayaan ini aku secara official mengistiharkan area51 as Kingdom of Heaven..

4.13.2009

The Rain is not enough

12hb April 2009 - April is fool again.. Hari ini aku menilai hidup aku dengan genggaman grenade di tanganku.. mencari ruang mengebom parlimen.. tanda protesku terhadap keruntuhan moral politik atasan. Tp apepe pun, apa yg hendak aku citerkan bknnya ada kaitin ngan budak baju kuning, tp tentang air hujan tu. Al-kisah berlaku di sebuah bandar kecil di pedalaman Bangi. Aku hari tu ntah camana boleh buat hajat nak g mines utk beli DVD kosong and repair kabel network. So, supaya xbosan, aku ajak budak umah aku join sekali.

So, sampailah ke destinasi dgn sihat walafiat. Cam biasa, shopping tak penah ikut rule.. mesti budget jadi makin buncit. Tgk tu nak tu, tgk ni nak tu, habis macam2 barang kitrg borong secara mydin walhal xde dlm budget pon. Sampaikan selipar pon boleh jadi aset. So, time nak balik, hujan la pulok. Pusing nyer pusing, hujan tak serik2. So kita buat keputusan pegi ushar kedai TV. Ntah camne, pandai plak diorg pamer tv plasma ngan citer Robot. Mcm xde tempat lain nak promo, letak la dlm kotak ke, dalam mangkuk tandas ke, baru aku tak jeles. Plg syok sebab gambar dia, seolah2 mcm kite betul2 ade kat situ.. HDMI with 2mil contrast bro.. then siap percuma camcoder plg top masa tu worth 1.5k.. and total price both dlm 3.5k.. sape tak nak! so aku dah mula khayal, ape agaknya kalo ade 42inch Plasma TV atas meja bilik aku.. Kambing pun senyum nih.. :) Pepepun, sebelum ucp selamat kat mamat salesman tu, aku buat cuci mata sket, ushar awek kat tv plasma.. tanda harapan!

Then bile time nak kuar Mines.. hujan still tak reti2 nak stop.. Pegi la hujan kat padang pasir ke, ade gak bagus nye.. So masuk la balik Mines kira g solat Maghrib.. Kuar balik, tgk2 still hujan.. hampeh. So, kitaorg decide nak redah je.. so rempit lah kami dengan kelembapan melampau. Macam2 lap kita try.. pose raja kepang, pose rubiah suparman, pose dugong senyum.. last lap.. kitaorg gagal nak buat sbb tayar moto bunyi, gedeguk, gedegup.. pancit la tu yo.. Dah la masa tu kira kat jalan besar petronas kat uniten. So, tanpa segan silu, terpaksa lah buat dono jalan semacho-machonye tgh2 hujan. Simpati... simpati...

Simpati tengkorak hijau hang! Sumer mata asyik dok pandang je bdk 2 ekor main hujan.. Ade jgk suara hati aku dgr.. ape daa, moto ade xnak naik, nak main hujan la tu... so, aku reply ngan minda aku.. lu kalo nak pikir bukan2 baik lu tgk ape ade dalam seluar lu.. dlm ati je ni.. hampir 2-3 kilo jalan kaki, akhirnya sampai jgk ke desinasi.. .umah sewa aku! alhamdulillah... ade hikmah ni. Pengajaran the story.. ntah aku pon tak tahu.. yg pasti.. the rain is not enough!..

4.04.2009

28 March 2009 - My precious bike dah jadi comel lote with new cover set and some tweak performance sket.. Sebelah moto Carnage aku tu, moto yg kitaorg adik beradik beli 4our father's birthday.. nouvo S Red edition.. comel lote jugok :) Hope pasni, ayah aku jadik rempit berhemah sket.. naik skuter, baru muda sket. Pepepun jantung moto aku still need operation, sbb dah uzur sgtdah. Tunggu paycheck bln depan then aku nak modify jadik moto Terminator kasik gempak sket amik lap.

3.20.2009

Blood Spot

20hb March 2009 - The Path of Judgement.. Hari ni masih mengulangi solusi kedinginan. Masalahku dengan Bos and his favour staff makin parah. Meeting hari ni, sekali lagi merudumkan dignity Allied of Light. Dengan bangga nya Boss set Mak tiri tu as 'Icon' for Sharepoint. Wat the point behind that recognition?.. Bila boss ask about our opinion regarding the new platform, aku ngan selamba ckp mende tu 'leceh' and susah... malas nak ckp pjg. Same thing happen to others staff, except her. Dgn bongkak nyer dpn boss dia ckp 'Ape la korang sumer, mende camni pon korang dah give up. Aku dulu pon sama cam korang start xtahu langsung, tp aku buat research, learn from someone then now, dah mende tu dah jadi senang.' Weih mokcik, aku dah tahu la sumer tu, kitaorg saje je ckp leceh sbb kitarg dah muak dgn perangai ko tu je.. dalam ati je nih haha :)

Then, cam biasa boss akan naikkan dia nyer nama kononnya anything relate to that SP must refer to her. Mcm lah sumer mende dia tahu! Ayat yg paling meriap aku dgr.. i've never seen any Insentif yg korang buat except that mokcik tiri..so hw can i reward you with staff of the month.' Amboih pedas seh ayat tuh.. nampak sgt x appreciate hasil usaha yg kita buat sblm ni. Argh.. malas nak ckp kalau sekutu tu dah kene badi.. so after meeting, dgn perasaan merudum kitarg blah. Pastu cam biasa akan ade sessi ngumpat tahap hyper. Hope our next planning will prove to boss who we are and wat we capable of instead locking his eyes on that mak tiri.

K, kali nie citer lain sket.. Event berlaku bila aku nak pulang dari tempat keje. Then aku perasan moto aku hampir kehabisan minyak. Dah jejak pon huruf E. so aku cariklah stesen minyak Shell dekat2. So, sblm tol Sg. Besi tu ade la satu Shell yg aku tak penah jejak pon. So, aku amik line bg makan kat aku nyer moto besar. Hepi giler dia. Then aku taruk lak angin kasik kaw sket. So, aku and my precious moto kuarlah dr shell dgn muka hepi walaupon hujan renyai2 sket. Bile sampai je simpang depan, ade la 2-3 kete yg buat celako amik turn salah. Bila sampai hujung simpang, aku pon follow la kete depan sbb nak masuk balik simpang highway. Nyer buat nyer celaka, tiba2 je dia belok turn ke kiri, dah la xbagi signal, pastu amik turn salah.. aku pon break emergency, tp masa tu nasib aku agak malang sket sbb ade lopak air, then moto aku drifting sket.. kene la punggung kete dia. Masa tu aku dah tak dpt nak kawal moto aku, muka aku jatuh dulu kat atas jalan. moto aku plak tindih kaki aku.. Time tu aku dah tak dpt rasa kaki aku. Aku cuba angkat moto sebelah tgn sbb tangan kanan aku dah injured gile babeng. Tapi berat pulak moto tu, aku tarik kaki aku pon tanak kuar. Dalam kepala aku habis la kalo kete lain langgar. Paling aku geram sbb kete kancil tu berenti then blah bodo je.

Alhamdulillah mungkin tuhan nak tolong, ade la mamat india tlg angkatkan moto aku. Masa tu aku dah pening2, tak tahu nak pikir mende, aku ckp 'Thnkz la bro..' Masa tu aku nampak solex atas lantai, aku dah set kepala aku nak tibai mamat kete kancil tu ngan 'solex'. So, aku start moto aku walaupon dah mcm tanak hidup masa tu. Then, start je hidup, aku press gi kejar balik kete tu. Agak yakin gak aku ngan aku nyer image memory aku tuh.. kancil biru.. Bole tahan gak aku kejar kete tuh, then aku hentuk cermin kete dia.. masa tu aku diam je, aku pandang je mamat kete tu.. then aku tumbuk cermin dia.. masa tu mgkn dia dah cuak, then dia kuar dari kete, ' mintak maaf banyak2, bang' Aku sound dia kaw2. rasanya xpenah lagi aku marah org. Then pusing nyer pusing aku nyer demand pon dah jadi 2rat.. drp 5rat.. aku pon amik gambar and ic dia, so decide utk tunggu kat maybank sri kembangan. Sampai jer situ, aku nyer sakit dah jadi weng sket.. Dlm fikiran aku aku pikir macam mende tu mcm ade hikmah pon ade. So, aku mintak maaf sbb aku kasar bahasa ngan dia tadi. Then dia pon dah tolong aku bg antiseptik. Lepas advice aku blah.. hope dia sedar kesilapan dia.. Baik pulak ati aku. :)

3.19.2009

The Dark Crisis

19hb March 09.. aku menyusuri pejabat ngan kemeja baru. Agak nya nie first time aku pakai kemeja belang, cam kuda belang rasanya. Tp as long as it is branded so aku ngan hepi melangkah jejak ke ofis aku. This time, aku harapkan suatu sinar baru dlm idup aku. Cam biasa aku memulakan pagi kerja ngan solat dhuha and solat hajat. Then masuk je ofis, member aku ckp dia kene jumpa ngan minah staff ni (kitaorg nyer team gak, kitrg pggl Mak Tiri sbb perangai bengis cam Singa liar). Aku dah agak mesti kene sound kaw2 nyer. Then aku proceed jer ngan task aku malas nak amik tahu hal org lain.

Then bila aku tgh syok buat keje, then dpt mesej dr Mak Tiri. Hampeh tul!.. aku reply mesej dia ckp 'xboleh jumpa sbb ade adhoc task kene siapkan cepat..' Aku dah agak bile dia panggil ke ofis dia, mesti nak tibai je keje dia. Tu pasal emel tanak guna, tepon xreti nak tekan.. Dia reply balik cakap 'kejap je.' Aku dah meruwap dah ni.. so aku pegi lah jgk, takut amik ati. Then sampai je sana, cam biasa 'yoh'.. malu gak aku sbb tempat dia duduk tu area member2 geng aku gak.. bdk programming. So aku jumpa gak, ngan harapan xde mende kritikal sgt. Then aku g blkg dia.. cam biasa, singa mula mengaum.. 'asal duduk blkng aku, take the chair and seat here.. let eyes meet eyes, dude!', aku buat muka seposen je.. malas layan.. aku bediri jgk blkg dia.. then muka dia dah bengang. 'I want you to tuck in ur shirt, NOW!!' Aku buat2 xdgr.. then aku ckp 'Ade ape ek?'.. Dia dah mula tension so dia bangkitkan isu lagi... 'who told u to change the look&feel ha?'..

Aku mulakan bicara aku slow and steady.. 'oh, yg tu A***A yg suruh... I dah fwd emel to boss and her, and they ask me to proceed jer with the design.' Then dia macam bengan sbb tak bgtahu dia, padahal boss dah assign aku ngan sorang lagi staff unit aku bulat2 utk handle this projek. Mgn gak sb dia dah tension giler sbb design yg aku buat kat website yg dia handle x selawa yg aku buat utk projek site aku tu. So mcm dia nak involve sekali la.. then mula la cari alasan sbb x ikut prosedur, polisi la, tak inform la..walhal boss and client nyer boss dah set dateline and suruh kitaorang proceed. So aku tanak projek tu jadi burden utk aku kalo tak siap, thats why aku integrate terus aku nyer design to that site. Np pon kalau nak reverb back to default view coz i juz already did that design, and ade banyak lagi priority task lain yg aku kene handle, so why not proceed je. Then dia cakap balik 'U not even know how to prioritize your work!' Yg ni buat aku panas.. sbb aku hari2 balik malam utk siapkan other task then dia perendahkan akunyer usaha selama ni.. dem!!

Then, suara dia dah makin naik, sampai tahap aku malas nak layan, so aku diam je... last bile dia dah bosan merenget.. aku ckp ' so, wat ur suggestion..' aku ulang kali2.. then dia bgtahu suruh update the progress.. walhal mende tu aku dah buat berkali2.. aku pon blah.. Habis dinding aku langgar, siap tendang pintu ofis lagi. Lantak lah org nak kata.. At least diorg tahu aku xsuka dia.

Kuar je ofis, staff unit aku yg lain cam perasan aku agak sindrom down je, so berlakulah proses mengumpat. Rupanya diorang nyer allied dah lama wujud. Baru aku tahu hati budi masing2. Mmg betul lah, x sumer bunga yg kita tgk tu wangi, dan tak sumer mende yg buruk itu najis.. Rupa2nya dia nyer link ngan boss mmg dah hyper sgt.. siap mengadu kat boss lagi. No wonder bos terus hantar emel kat kitrg remind about our performance. Yg plg best, masa dlm emel tu, emel dia jer yg takde.. confirm kaki report, and bos pon mmg pilih kasih.. dem. Hari ni aku dah dpt allied baru, and diorang pon mmg dah lama nak pindah unit lain.. Alhamdulillah at least ade gak tempat mengadu, instead aku pendamkan perasaan tu. Pepepun, at least pas ni aku dah nampak halatuju aku kat mana. And hope it will become reality soon, InsyaAllah.. :)

Sambutan Maulidulrasul

Syukur Alhamdulillah, minggu nie aku balik kampong meraikan Maulidul rasul. Sampai je rumah, parent aku buat suprise, renovate umah.. banyak betul pitis dia. Patutla beria2 suruh kitaorg balik. Boleh tahan gak letih nyer sebab kene kemaskan balik area51.. 14hb Mac 09' Sambutan Maulidul Rasul kat masjid plak. Tak pasal2 big boss aku force aku jadi juri untuk pertandingan mewarna antara Kanak2. Kalo umur 20+ boleh gak cover2 curi line skodeng awek pasir mas kite. Habis je pertandingan mewarna, so giliran aku plak untuk mengcompile variasi arts bebudak. Aku nyer evaluation sonang je cik adik, aku tengok saper kaler unta nampak cute, so yang tu yg short listed. Boleh tahan jgk migrain nak buat decision sorang2.

Lepas jer solat zohor, sambuatan maulidul rasul kat umah aku plak. kali ni Aku jadi Berdozer untuk angkut sisa2 makanan org lain.. hampeh tul. Masa nie lah kita boleh nampak saper yg kaki layan kambing ke idak. So, tak banyak aku nak citer pasal sambutan maulid kat umah sbb aku malas nak melayan tetamu dgn soklan yg sama setiap masa.. 'bila nak beli kete?', 'bila nak kawin' dan macam2 soklan essei yg lain. So, aku give up aku pi layan laptop aku lagi bagus.

Then malam dah nampak rupa.. so, aku pack barang2 aku untuk berangkat merantau ke Bangi plak. Kali ni aku betul2 kene injek ngan chikungunya. Masa atas bas tu, tetiba lak rasa dahaga. Time tu kira dah sampai kuala krai. So, aku bukak lah botol air yg aku bawak dari rumah. Sekali teguk, dua kali teguk.. aku terdiam kejap. Otakku agak ligat berpusing. Ati aku dah mula rasa merudum. Aku ushar balik dalam botol tu.. nampak jernih je, cam xde pepe pon, siap bole bela ikan pari lagi nih. Ade la dlm beberapa saat utk aku compile and check the syntax.. baru la dpt detect.. rupanya air yg aku bawak tu 'air gula', utk buat air sirap masa kenduri kat umah td. dem tul. Dek kerana air gula nyer pasal.. aku terus dilamun chikungunya sehingga pagi.. siap mimpi minum air Ali Cafe lagi tuh.. :)

3.06.2009

My Precious Partner




Hari ni, adalah hari yg aku tunggu2. Dah 2 minggu aku waitin cam org kene scitzofrania. Mana taknyer, time aku tanya steven bile sampai, dia kata 2-3 hari lagi, callin lagi then dia ckp minggu depan, callin lg dia ckp belom sampai x tahu bila. Masa tu aku kira dah give up sampai pegi pinjam laptop akak aku kat Taman Melati. Tapi sampai umah, dia buat suprise katku. Screen LCD leak!!.. Rasa cam nak jilat je LCD nyer liquid tu buat Soda gembira :) Patutla akak aku buat muka innocent tadi.

Time kat office smlm, tetiba kuar mesej dr steven, 'u nyer laptop dah sampai..' so 'yata!!' aku terus callin2 juz utk dpt confirmation. Then mlm tu jgk aku ngan brother aku kuar p amik laptop tu kat balakong.. sakit punggung nak boleh sampai, balakong tul lah.. Then mmg puas ati giler ngan performance, walaupon all black sket. Tapi janji gempak, dah la dpt herge lagi murah riban2 dari beli direct online kat DELL. Bkn nyer kata tanak support DELL tp dia nyer promosi manyak tipu orang maa. so aku chong balik ngan beli ngan suplier dia terus hehe. Camme dpt contact, hehe.. rehsia org dalam dude :) so aku nak wak kerek sket lah..

Aku bkn Rempit..

'Cibai..'.. itu perkataan pembuka bicara aku ketika melalui susur galur lebuhraya sg. besi. Ntah camana malam tu aku tgk ade sorang minah moto tgh parking kat sign board. Dalam hati ingatkan tgh tunggu pakwe.. so aku cross je la jalan moto kat plaza tol Sg. Besi dgn nyanyian hinder ku. sampai je tgh2 jalan, tetiba je aku nampak JPJ and the geng. Patut la minah tu parking kat tepi, rupanya tunggu JPJ belah.. siut je. Dlm fikiran aku duk asyik pikir, oh.. lesen aku still valid ni, baru renew lepas raya haji lepas.. so aku dan moto besar yg x sebeberapa besar lalu lah dgn muka bangga gile, confirm 'lepas' ni haha.. padan muka korang xde lesen. Cam biasa, dia tahan.

'ic, road tax, encik', pakguard jambu.

Cam xde ayat lain nak tanya, bagi la salam ke, tanya dah makan belum ke, nak kencing ke.. So aku bukak wallet, kuar IC ngan kuar RoadTax.. Tetiba dtg angin seru, 'hey, ko tertinggal roadtax kat umah..' cinabeng tul. Then guard JPJ tu sound..

'nie lesen dah mampuh bln 10 2008 ni, parking moto tepi ikut aku', pakguard bangla bersuara dgn nada garang giler.

Mmg betul pon kat lesen tu aku tgk due date 10.2008. Celaka camana aku leh xperasan. Then aku cuba confirmkan si guard tu balik suruh dia check online. Alhamdulillah RoadTax valid sampai tahun depan, tapi lesen moto mmg mampuih.

'Ha, skrg la baru nak garu kepala, xpening pon nak garu jgk', Pakguard PandaSmelly.

'At least aku tak gemuk cam ko, and smelly cam najis mughallazah..' dlm hati je ni huhu.

So, in the end, kene saman la jgk, cibai tul JPJ.. sblm aku pegi sempat lagi aku bg sound blaster dpn guard JPJ, tanda persahabatan. :P

2.25.2009

Stress Test :)

Hari yg paling lama dlm hidup aku. Ntah camne aku jadik stress xtentu hala hari ni. Asyik2 lost in translation.. baru masuk ofis dah kene handle 11 task serentak, seven eleven tul.. Dalam kepala aku duk pikir pasal EL x30... Nasib baiklah ade gak member yg support buat flash.Thnkz joe and Feq kite for ur help teman aku staybck sampai mlm. ntah kalo xde korang aku dah jd mangsa niang rapik le gamaknya. Kul 830mlm akhirnya stress meninggalkan aku kesepian.. hope tomorrow aku boleh manage aku nyer task lebih baik dr hari ni. Mgkn ade hikmah stress test yg aku hadapi hari ni. Gambate 4myself..!!

2.16.2009

Dugong Berendam Lagi

Nie kisah ape aku tak tahu.. Tapi almaklum kisah nie berlaku semalam waktu aku sedang kusyuk tidur. Tetiba bunyi hujan turun. Memula tu kira agak renyai gak pahtu x sampai seminit lebat giler.. Maka tersedarlah aku dibuatnya. Apa yg pelik suhu bilik aku tu lain macam panasnya. Padahal aku dah bukak tingkap jendela aku. Seram sejuk jugak ni.. X berani plak aku nak kuar bilik, so aku terus sambung perjuangan yg belum selesai.

2nd time, kali nie bunyi hujan makin lebat, then tetiba je abe kawe panggil nama aku.. 'cis nate gapo nih...?'... So aku bingkas bangun.. tengok2 air dah penuh kat depan bilik aku.. So aku trace nyer trace dptlah puncanya. Member bilik sebelah tak tutup paip..!! Siut je. Kalau air tu dah melimpah sampai keluar camne la agaknye bilik dia.. po ike dugong la berene kokse.. haha.. So no wonder la air melimpah sampai ke tingkat bawah. Aku ingatkan air hujan.. tapi air tandas.. dem!


So pengajaran utk hari nie.. next time jadi lagi aku rasa kene bela dugong kasi panorama menarik sket..

2.13.2009

Exam PMS

Juz another boring day! Baru je abis training kat Ilsas.. nasib baik exam tadi bole open book. Kalo tak sayur la aku... Dahla smlm bkn aku yg baca buku, buku yang baca aku.. bangun tidur bangun tidur tgk2 dah subuh, so 2 slide jer sempat aku khatam.. yang lain.. cam biasa 'takdir' huhu :) Anyway.. hopefully aku gain something from the PMS training. Hepi boring weekend!

12.12.2008

Arts vs Programming

I don't think it is the perfect time to write this.. but i'm given up with my work. I juz got a task that not in my job description. i don't want Programming as my career path. Ok fine at first i was given a multimedia task, but as time goes by, i've been given some sick .net prog.. ohh shit should i stay with this company?? why people alway suck differentiate between art and logical prog stuff.. arghh.. hope one day, i've been working with real creative art company which really appreciate with my talent. i don't want to lose that skill and end stuck up with symbollic maniac.. amin!

ADs