1.15.2008

Pelanggan beratur tunggu pelacur

Berita
"Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my
MELAKA: Tanda tanya kehadiran sekumpulan warga asing beratur panjang dan berpanas di belakang sebuah hotel usang di bandar ini membongkar kegiatan pelacuran tempatan aktif pada hujung minggu walaupun sebelum ini, hotel sama diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) beberapa kali.

Mereka dikatakan beratur kerana menunggu giliran melempiaskan nafsu serakah tetapi sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jaim bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan polis di hotel di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kelmarin.


Berdasarkan rekod Jaim, hotel berkenaan pernah diserbu dua kali akhir tahun lalu kerana kegiatan sama dan sebelum itu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membatalkan lesen perniagaannya setahun lalu.

Bagaimanapun, hotel itu terus menjalankan operasi menggunakan pintu belakang manakala pintu depan dikunci seolah-olah sudah menutup perniagaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata dalam operasi jam 2.30 petang di hotel berkenaan, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki warga asing beratur di belakang hotel itu seolah-olah menunggu giliran.

Katanya, apabila menyedari kehadiran mereka, semualelaki terbabit sempat melarikan diri.

“Dalam operasi di hotel itu, enam wanita berusia 19 hingga 39 tahun yang dipercayai pelacur ditahan bersama dua lelaki warga asing berusia 40-an yang dipercayai pelanggan pelacur berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Bunga Raya kerana menjalankan kegiatan sama, pihaknya menahan lima wanita juga dipercayai pelacur berusia 22 hingga 25 tahun.

“Dua lelaki warga asing berusia 20-an dipercayai pelanggan turut ditahan,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Rahimin berkata, Jaim turut mengambil butiran daripada lelaki menunggu di luar bilik hotel berkenaan.

Menurutnya, daripada 10 wanita yang ditahan itu, dua beragama Islam.

Katanya, semua mendakwa berasal dari Sabah dan hanya mempunyai sijil kelahiran.

“Mereka ditahan untuk siasatan dan dua wanita beragama Islam itu akan didakwa mengikut Seksyen 75, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana melacur, sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

“Tiga lelaki beragama Islam itu akan didakwa mengikut Seksyen 54, enakmen sama kerana bersekediaman dengan bukan muhrim, sabit kesalahan boleh didenda dan dihukum penjara bagi nilai dan tempoh sama manakala seorang lagi lelaki dibebaskan kerana bukan beragama Islam,” katanya.

Herman - Beginilah keadaannya bila negeri anda diperintah oleh BN. Sarang pelacuran tumbuh dengan banyaknya. Walaupun dah banyak kali diserbu, tapi tempat itu terus hidup dan aktif. Kerajaan BN langsung tak mahu menutup premis ini, mereka hanya menutup mata, mungkin kerana Ali Rustam menganggapnya sebagai sebahagian ‘produk pelancongan’ ke Negeri Bersejarah tu. Hakikatnya Ali Rustam hanya memalukan cucu Hang Tuah dinegeri itu sahaja. Baik jatuhkan semua pemimpin BN agar Melaka bebas dari SARANG PELACURAN

Oleh pemudawilayah

No comments:

ADs