"Assalamualiakum..,
Sewaktu sessi soal siasat suruhanjaya pilihanraya TDM walaupun dengan selamba menjawab saya tidak ingat tetapi ada satu jawapannya yang perlu diberi perhatian. bila ditanya mengenai vincent tan TDM tidak banyak dalih tetapi mengaku mengenali beliau dan mengaku rapat dengannya.jawapan in sedikit sebanyak menjelaskan betapa dakwaan malaysia diperintah olih tokey judi itu benar.
Sebelum inipun lim goh thong dalam satu bukunya mengaku kenal rapat dengan semua PM dari tengku hinggalah paklah.satu gambaran betapa PM malaysia menjadi kawan baik kepada tokey judi.persoalannya adakah mereka ini sekadar kawan baik?
Berdasarkan cerita cerita yang kita dengar tokey judi ini tidak saja baik dengan PM malah lebih dari itu.berita pembelian bot mewah olih ananda krisnan di turkey sebagai hadiah kepada PM dulu menjadi sebab untuk percaya bahawa tokey judi ini tidak sekadar baik dengan PM.dan baru saja TDM mengaku kenal baik dengan vincent tan.
Barangkali kita nak dengar bagaimana TDM baik dengan vincent tan.dalam klip linggam ada disebut bagaimana TDM menyuruh vincent membina hotel di langkawi.begitu kah agaknya baiknya TDM dengan vincent tan ini.cukup besar pengaruhnya sehingga dalam kes kehilangan adik sharlinie dia menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga terjumpnanya adik sharlinie.
Mungkin selama ini tanpa disedari olih rakyat jelata malaysia negara yang tercinta yang aman damai yang cemerlang gemilang dan terbilang rupa rupanya diperintah olih tokey judi.wang ringgit yang diagihkan sewaktu pilihanraya mungkin dari hasil judi dan rakyat yang menerima wang tersebut hilang maruah.sungguh malu kita dengan pembongkaran ini.TDM dituntut untuk mendedahkan hubungan baik dengan vicent tan ini untuk maklumat seluruh rakyat.
Oleh ning
No comments:
Post a Comment