1.14.2008

Gaza Menangis

Artikel
GAZA"Gaza telah dikepong sejak kemenagan Hamas di Palestine dari semua penjuru. Semua laluan masuk dikuasai Israel termasuk laluan bersempadan dengan Mesir. Ini adalah perjanjian yang telah dibuat antara Yasir Arafat dengan Isreal.

Semua pergerakan keluar masuk terhenti termasuk bekalan makanan. Segala import dari luar ditahan dan eksport barangan buatan industri kampung penduduk Gaza tidak dapat dieksport. Ekonomi gaza sedang menuju maut. Gaza menjadi penjara terbuka terbesar di dunia dan penuh dengan cerita penderitaan.

a)Pengangguran


engangguran di Gaza telah meningkat ke sehingga 70%. Di samping itu pendapatan perkapita telah menurun ke $650 setahun, sehingga mereka tidak mampu membeli keperluan asas. Sehingga kini Hamas menggunakaan segala apa cara untuk mengurangkan penganguran tetapi masih gagal.


b)Kesihatan


Keadaaan kesihatan berada dalam keadaan yang sangat parah. Doktor dan lain-lain paramedik dari luar tidak dibenarkan masuk. Manakala pesakit tidak dibenarkan mendapat rawatan di luar Gaza.


Dilaporkan 23 daripada 66 mesin dialysis di Gaza telah tidak berfungsi dan tidak dapat diganti, mengakibatkan lebih 300 pesakit buah pinggang dalam keadaaan bahaya. Lebih daripada 137 peralatan perubatan tidak dapat beroperasi kerana tiada spare part. Dan yang sudah pastinya bekalan ubatan semakin kurang dan menghampiri kosong.


Menurut Menteri Kesihatan Hamas, 29 orang telah meninggal dihospital dalam masa enam bulan kerana kekurangan perubatan.


Hampir 2000 pesakit Palestine yang tinggal di luar Gaza tidak dapat masuk untuk mendapatkan rawattan dan lebih 350 kes hanya nmenunggu kematian. Sejak dilancarkan Popular Committee Against Siege, (PCAS) pada bulan Nov 2007.


bilangan mangsa mula dikira. 29 mangsa pesakit yang tidak dibenarkan mendapat rawatan mati dihadapan camera dan seluruh dunia menjadi saksi. Sehingga kini tiada siapapun mengambil tindakan.


Pesakit selalu bertanya bilakah mererka akan mendapat rawatan.


c)Projek


Segala projek bekalan air, kumbahan, sekolah dan kemudahan kesihatan terhenti. Bahan binaan untuk projek infarastruktur telah disekat dari memasuki Gaza. $250 juta telah diperuntukan bagi infrastuktur dan ribuan pekerja akan mendapat manfaat tidak dapat dijalankan. Ini tidak termasuk projek UNRWA (UN) yang terpaksa digantung kerana kepungan Israel .


Kepungan ini menyebabkan banyak perniagaan terpaska ditutup . Lebih daripada 25 majlis perbandaran terpaksa menghentikan perkhidmatan kutipan sampah kerana kekurangan petrol.


d)Kanak - kanak


Kanak-kanak yang menderita kekurangan zat akan berdepan masalah kesihatan serius jika krisis di Gaza berterusan, kata pakar kesihatan kepada agensi berita The Media Line. Pengarah klinik perubatan Ard El-Insan di Bandar Raya Gaza, Dr Itedal Al-Khatib, berkata beribu-ribu kanak-kanak di Semenanjung Gaza menderita kekurangan zat makanan meruncing. “Kami berdepan banyak waktu sukar tetapi inilah yang terburuk dalam sejarah 23 tahun perkhidmatan kami,” katanya. Lebih 5,000 kanak-kanak didaftarkan dengan pusat itu dan dikelaskan sebagai kekurangan zat, disebabkan kurang makan, kemiskinan atau ibu kurang berpendidikan, katanya.


Pusat itu merawat kanak-kanak dengan membekalkan makanan, makanan tambahan, susu formula khas dan ubat. “Kini, disebabkan masalah penutupan sempadan, kami kekurangan ubat, tepung tanpa kaji, susu dan formula khas. Sempadan ditutup dan kami tidak menerima bahan itu dari seberang,” katanya.


e)Serangan


Lebih dahsyat daripada itu Israel sentiasa melakukan serangan ke wilayah Gaza dengan menggunakan kereta kebal , kapal laut, helicopter serta jet pejuang. Ribuan penduduk Gaza mengalami penderitaan kecederaan , kehilangan nyawa dan kemusnahan tempat tinggal.


Lihat video Gaza Menangis di;

ttp://tunastv.blogspot.com/

No comments:

ADs