1.13.2008

Beranikah BN Izinkan Kereta TATA Yang Murah Banjiri Jalanraya Malaysia?

Artikel
 PERCAYA atau tidak, ianya akan berlaku. Sungguh menakjubkan. Satu tamparan hebat kepada kereta nasional Malaysia, Proton.

Sebuah syarikat automatif India, TATA akan mengeluarkan kereta yang berharga murah pada tahun ini, 2008.

Sekurang-kurangnya dua model akan diperkenalkan. Satu model menggunakan kuasa tekanan angin dan satu lagi model menggunakan enjin petrol dengan harga kurang dari RM9,000.

Manakala kereta yang menggunakan tekanan angin dijangka dijual pada harga kurang dari RM17,000 sebuah dengan kos mengisi tekanan angin hanya RM7 untuk perjalanan sejauh 200 km.

Sebagai rakyat marhain dan mustaĆ¢™dhaafin, ini adalah khabar gembira. Ia boleh menjimatkan kos hidup tetapi masih boleh bergerak pantas seperti kenderaan lain.

Sokongan padu rakyat untuk menjayakan projek kereta nasional, memberikan jawapan hampa. Harganya mahal dan ia tidak membantu rakyat menyelesaikan masalah pemilikan kenderaan tersebut.

Kereta Malaysia, dan kereta lain-lain memang mahal ditambahi pula pemiliknya disangkutkan dengan pelbagai yuran jahanam seperti tol dan harga petrol yang ekstrem.

Namun begitu, berdasarkan sikap dan tindakan pemimpin BN selama ini, kerajaannya tentunya tidak semudah itu akan mengizinkan model-model kereta TATA ini masuk ke Malaysia.

Ia akan mengancam dan meranapkan projek kereta nasional Proton, Perodua dan sekutunya Naza.

Oleh kerana BN sebuah kerajaan yang tidak pro rakyat, maka impian rakyat untuk memiliki kereta semurah itu tidak tercapai selagi pautan Umno, MIC dan MCA berkuasa!

No comments:

ADs