1.20.2008

Teori Nuklear

Pakistan merupakan satu-satunya ' Negara Islam' yang mempunyai senjata nuklear yang diiktiraf kuasa besar dunia. Negara yang sekian lama bergolak itu sememangnya melahirkan banyak cendekiawan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidan sains dan agama.

Abdul Qadeer Khan merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan Pakistan sebagai sebahagian daripada kuasa nuklear dunia. Bukankah ini menandakan umat Islam sebenarnya mampu berdiri sejajar dengan kuasa besar dunia yang lain?

Malangnya teknologi sehebat itu belum pasti menjanjikan keselamatan dan kamanan kepada rakyat Pakistan. Kita boleh merujuk kepada sejarah tanah air mereka yang penuh pergolakan antara etnik dan ideologi.

Dalam dunia ini terdapat beberapa negara yang mempunyai nuklear, antaranya adalah:


Amerika Syarikat
Rusia
Israel
Perancis
Britain
China
India
Pakistan
Korea Utara
Untuk memahami politik senjata berbahaya ini bukanlah sukar.

Jikalau antara kita (merujuk kepada hubungan antara kuasa nuklear dunia) mempunyai senjata nuklear, kita tidak akan berperang.

Logiknya adalah jikalau salah satu negara ( katakanlah Amerika) melancarkan senjata nuklearnya kepada negara nuklear yang lain ( kita pilih Pakistan untuk ini), maka sudah pasti Pakistan akan bertindak serupa dengan melancarkan serangan yang sama.

Walaupun jumlah senjata nuklear berbeza dengan ketara, impak yang bakal diterima oleh kedua-dua negara yang melancarkan serangan nuklear itu boleh dikatakan sama sahaja. Amerika boleh sahaja melenyapkan Pakistan daripada muka bumi ini ( dengan izin Allah) dengan membedil beratus-ratus roket nuklearnya dan Pakistan pasti akan menyerang kembali walaupun hanya mempunyai beberapa buah roket sahaja, kesan yang bakal diterima oleh kedua-duany secara relatif tidak jauh beza.

Jikalau kita lihat, kejatuhan Soviet membuatkan Amerika bertindak seperti Raja Dunia Moden. Mereka menggunakan psikologi kehebatan teknologi ketenteraan yang selalu mereka pamerkan dalam filem Hollywood untuk menyuntik bisa kegerunan kepada negara-negara lain. Malangnya hanya ada sebuah negara yang tidak ambil kisah dengan ancaman tersebut: Iran

Republik Islam Iran lahir dari kancah bara jihad menentang kezaliman Shah Iran yang merupakan tali barut Amerika. Sememangnya kepimpinan Iran bukan murah seperti keluarga Saud yang senang dibeli dengan kemewahan dunia.

Mana mungkin Amerika tutup sebelah mata terhadap Iran? Sebab itu pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas Iran bagi mengheret mereka keluar daripada menjadi sebahagian daripada 'Keluarga Besar Nuklear Dunia' kerana apabila nuklear dimiliki oleh Negara Islam yang kuat seperti Iran, gerak kerja Imperialisme Amerika bakal terbantut.

Inilah yang kita panggil kekuatan prinsip. Iran tidak perlu menghabiskan berjuta-juta wangnya bagi membangunkan teknologi ketenteraan yang pelbagai seperti Amerika tetapi hanya cukup memiliki 'kekuatan minda' dalam membina reaktor dan senjata nuklear untuk mendapat sebahagian daripada kek kuasa nuklear dunia. Aura daripada khabar angin sahaja sudah cukup membuatkan Amerika dan sekutnya Israel menjadi lebih agresif terhadap Iran.

Bagi Pakistan, kesannya berbeza pula. Kekuatan senjata nuklear yang dimiliki oleh mereka hanya boleh digunakan untuk mengimbangi ancaman India yang juga merupakan negara kuasa nuklear dunia.

Lokasi loji nuklear Pakistan

Cuba kita fikir logiknya dalam konteks Pakistan yang telah memiliki senjata nuklear. Adakah Amerika dengan mudah membiarkan negara Pakistan untuk memiliki senjata sebegitu tanpa 'dikawal' dari pelbagai sudut? Bagaimana Amerika ingin mengawal Pakistan daripada menjadi sebuah 'ancaman'?

Tidak lain tidak bukan dengan menjadikan sebuah negara yang senantiasa bergolak.Dengan keadaan yang tidak stabil, Amerika mampu mengawal Pakistan daripada menjadi seperti Iran yang kuat prinsipnya bersuara menentang hegemoni Amerika dan Israel.

Ternyata kemajuan sehebat Amerika pun jikalau tidak didasari dengan akidah perjuangan dan pemerintahan yang utuh, 'Negara Islam' akan menjadi lauk pauk buat Amerika dan kuncu-kuncunya sahaja.

Sekarang, adakah kematian Benazir Bhuto mempunyai perkaitan dengan hipotesis yang penulis kemukakan di atas?

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Oleh rausyanfikir

No comments:

ADs