1.16.2008

BN pasti naikan harga selepas pilihan raya

Pendapat

Satu pandangan oleh Lim Guan Eng,yang baik untuk sama-sama kita renungkan.BN pastinya akan menaikan harga selepas pilihan raya lantaran subsidi RM 40billion setahun tidak dapat menampung, maka rakyat sepatutnya menuntut tanggung jawab sepenuhnya dari BN dalam mendapatkan hak perkongsian bersama keatas keuntungan Petronas.

Akhbar The Star pada 10.1.2008 melaporkan bahawa kerajaan Malaysia dijangka akan membelanjakan RM 40 billion sebagai sabsidi tahunan antara 2007-8, dengan RM 35 billion untuki sabsidi petrol dan RM 5 billion untuk lain-lain sabsidi seperti minyak masak, tepung, pelajaran, perumahan dan pertanian. Sabsidi sebesar jumlah tersebut tidak akan dapat menampungi dan sebab kenapa harga petrol, minyak masak dan tepung tidak dinaikan adalah untuk memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya yang akan datang ini.

leh kerana BN pastinya akan menaikan harga barangan selepas pilihan raya, maka rakyat sepatutnya menuntut tanggung jawab sepenuhnya dari BN dalam mendapatkan hak perkongsian bersama keuntungan Petronas dalam pilihanraya yang akan datang nanti untuk mengurangkan beban kewangan seluruh rakyat.

BN mendakwa kadar inflasi bagi tahun 2007 cuma 2% sahaja padahal keadaan sebenarnya adalah lebih daripada 20%. Apabila harga-harga dinaikan kelak, terutamanya petrol, kadar inflasi sebenar mungkin mencecah naik melebihi daripada 40%.

DAP menyatakan kebimbangannya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih belum bangun dari tidurnya untuk menghadapi segala cabaran ‘kesan negatif’ kenaikan harga petrol yang mencecah US$100 setong, DEB dan simpanan petroleum Malaysia yang semakin susut yang akan menukarkan Malaysia dari pengekspot minyak kepada pengimpot menjelang 2011, akan memusnahkan pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran masa hadapan. Kejutan besar kenaikan harga petrol, anti persaingan, anti pertumbuhan (ekonomi) dan anti perniagaan DEB serta simpanan petroleum Malaysia yang semakin susut, merupakan cabaran-cabaran besar yang hingga kini belum lagi mampu walau untuk diperkatakan oleh BN.

Melaui pendapatan dari hasil minyak petrol, Malaysia mampu menyerap segala ‘kesan negatif' dari penyalah urusan, pembaziran dana awam dan skandal rasuah yang melanda masyarakat Malaysia; kalau tidak ekonomi Malaysia menjadi merudum lumpuh.

Apabila Malaysia menjadi pengimpot minyak pada 2011, cuba bayangkan bagaimanakah Malaysia mahu mencari puluhan jutaan ringgit yang diperlukan untuk menambus lompang dalam perbelanjaan negara

Petroleum menyumbangkan RM53,311 milion atau 37.6% dari RM 141,790 milion pendapatan negara 2007. Dengan lain perkataan, lebih dari tiga perempat hasil minyak telah digunakan untuk membiayai dana sabsidi RM 40 bilion yang tidak mampu menampung dan jika diteruskan akan mengakibatkan negara menjadi muflis.

Sungguh pun Petronas memperolehi RM500 bilion sejak ditubuhkan pada 1974, Rakyat Malaysia tidak mendapat faedah walau sesen pun dari perolehan minyak itu.

Keadan ini berbeza dibandingkan dengan Singapura, sebuah negara pengimpot minyak yang mampu mengagihkan S$ 2,000-2,500 setahun kepada keluarga miskin dan malang.

Syarikat kewangan gergasi US, Morgan Stanley telah menganggarkan pada 2004 bahawa ‘rasuah’ yang berlaku pada dua dekad yang lalu telah mengakibatkan Malaysia kerugian US$100 bilion(RM 380 bilion).Dengan perolehan Petronas melebihi RM500 bilion sejak ianya ditubuhkan pada 1974, bayangkanlah berapa banyak yang telah disonglapkan dan hanya RM120 bilon atau 24% daripada RM500 bilion keuntungan Petronas disalurkan kepada rakyat dan bakinya 76% atau RM 380 bilion lesap disonglap oleh pegawai-pegawai penyangak.

Dengan kata lain, setiap RM4 yang dibelanjakan keatas suatu projek, nilai kerja yang dilakukan hanyalah RM1 dengan baki RM 3 lesap kepada rasuah, pembaziran, tidak cekap dan tiris. Kerugian sebenar mungkin lebih tinggi seperti mana skandal baik puleh Sekolah Rendah Cina di Muar yang menunjukan RM 30,000 telah dibelanjakan tetapi nilai kerja yang dilaksanakan hanyalah RM 3,000 sahaja.

Masanya telah tiba bagi rakyat Malaysia meminta komitmen BN dalam pilihan raya nanti supaya mengagihkan hak yang sama keatas keuntungan Petronas.Bagi mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan supaya diberikan RM 3,000 tunai setahun dan pendapatan bersama sebuah keluarga RM 6,000 sebulan diberikan RM 6,000 setahun. Skima tersebut akan menelan belanja lebih kurang RM 30 bilion setahun, berbanding RM 40 bilion untuk menampung sabsidi subsidies. Lebih baik duit petroluem tersebut disalurkan terus kepada rakyat daripada lesap disonglap oleh rasuah atau projek gajah puteh yang tidak memberi apa-apa keuntungan melainkan kepada kontraktor yang terlibat.

Rencana asal dari Malaysia Today

No comments:

ADs