6.01.2008

Mars (Matahari) kelihatan naik dari Barat ke Timur

Didalam hadith terdapat tanda kiamat ia itu apabila matahari naik atau kelihatan naik dari Barat. Saya inshaallah akan membincangkan perkara ini dengan tuan puan sekalian. Dalam istilah astronomy terdapat retrograde motion , retrograde revolution dan retrograde rotation.

Retrograde motion ialah apabila planet, bulan atau matahari kelihatan bergerak dari Barat ke Timur. Mungkin inilah akan berlaku apabila matahari kelihatan bergerak dari barat ke Timur yang menjadi tanda kiamat.

Retrograde revolution ialah apabila planet memang bergerak bercanggah arus dan kelihatan bergerak dari Barat ke Timur. Perlu di ketahui semua planet di solar sistem bergerak dari Timur ke Barat. Retrograde rotation ialah apabila planet bergerak bercanggah dari asal dan perlu diingatkan semua planet berpusing mengikut pusingan yang timur ke barat melainkan tiga planet iaitu Venus, Uranus and Pluto.

Mars dan jupiter adalah dua planet yang menunjukkan retrograde motion iaitu kelihatan bergerak dari Barat ke

Timur. Ini adalah kerana kelajuan bumi lebih melebihi kelajuan mars.

Apabila bumi memotong mars maka mars akan kelihatan naik dari barat dan turun ke timur. Perkara yang sama mungkin akan berlaku kepada bumi dan matahari. Ini adalah kerana matahari turut mengelilingi solar sistem dan mungkin pada suatu ketika apabila berada di suatu lokasi dalam ruang solar sistem akan mengalami retrograde matahari secara relative dengan bumi.

Apabila kelajuan matahari dan bumi berada pada tahap yang tertentu maka kelihatan lah matahari naik dari Barat dan tengelam ke Timur untuk beberapa waktu

Mungkin masa itu orang sekular atau atheist akan mengatakan ini hanya fenomena biasa dan kiamat tidak akan berlaku. Orang mu'min mengetahui kiamat sudah hampir dan mereka yakin dengan hadith itu. Kita tidak tahu lah sebelum retrograde motion

matahari berlaku sudah ada ulama usuk menafikan hadith sahih itu takut takut negara tidak maju kerana percaya perkara tahyul. Itu pun boleh berlaku di zaman jahiliyah modern dan dunia akhir zaman.

No comments:

ADs