Words will always retain their power. Words are for the means to meaning,and for those who will listen, the enunciation of truth.
2.27.2008
10 SeBaB MeNoLaK BN
Assalamu'alaykum
Penulis Bersama: Muhammad Husni (Averroes)
1. Politik makin kotor. Bila orang sebut politik, secara automatik orang akan cakap "eleh politik kotor". Sebenarnya politik tak kotor, cara orang berpolitik tu kotor. Apa yang kotor kalau orang nak kuasa untuk tolong orang? Apa yang kotor kalau nak kuasa untuk turunkan harga barang? Nak politik bersih, peribadi pemimpin mesti bersih. Kalau undi BN, dapatlah MP macam Nazri Abdul Aziz yang panggil orang bodoh, atau MP Kinabatangan yang cakap pasal bende "bocor". Nak lagi best, sila Google MP Gombak.
Dapat la orang mcm Dr Rahman Ismail (skandal dengan isteri orang), Chua Soi Lek (skandal dalam hotel) atau Rahim Tamby Chik (kes rogol budak bawah umur). Pemimpin menjadi ikutan rakyat. Bila perangai pemimpin tak bagus, perangai rakyat pun tak bagus lah. Bila kite undi orang yang tak diketahui peribadi dia, dan dia buat skandal bila naik, jangan pelik la bila muda mudi kita buat video pelik-pelik.
2. Harga petrol makin naik. Sebab kos pengangkutan naik, maka harga barang turut naik. BN kata dah terlalu banyak subsidi, tapi masalah ini boleh selesai jika pengurusan ekonomi lebih bagus (kurangkan projek mega yang hanya menguntungkan kroni). BN kata projek mega beri manfaat pada rakyat, tapi tanyalah diri anda, rasa untung tak? Harga barang tetap naik.
4. Tol naik. Siapa suka bayar tol angkat tangan. Eh silap, hulur tangan. Keluar duit lagi. Lepas tu komplen sara hidup terlalu tinggi. Tapi undi BN jugak. Kutipan TOL hingga hujung tahun 2006 adalah RM 23.656 billion, tidak termasuk subsidi atau pampasan kerajaan sebanyak RM 38.5 billion.Bermakna bayaran terhadap pemilik Lebuh Raya adalah RM62.156b. Kos pembinaan kesemua lebuh raya bertol adalah RM 18.930 billion. Ini bermakna,keuntungan yang diperolehi sudah mencecah RM43.226b setakat 2006. Dah untung dah le... tutup le tol tu. Baik ikut cadangan Shahrir Samad, beli semua lebuhraya, tutup konsesi tol. Takda konsesi = takda tol. Takda tol = hidup senang. Undi BN = Tol naik.Kemudian ramai yang pening,pasal apa kerajaan kita duk bodoh sangat tandatangani perjanjian tidak adil dengan konsesi?Sampai perjanjian tol duk pegi letak bawah OSA.Sebabnya adalah ada kroni mempunyai saham dalam UEM (Pemilik PLUS) melalui Renong dan Fleet Holdings.Sekarang tau bagaimana UMNO tiap-tiap kali kempen mewah gila-gila?
5. Banyak skandal rasuah. Siapa sudah lupa skandal PKFZ (Port Klang Free Zone)?Bagaimana Kerajaan yang sepatutnya boleh beli tanah PKFZ tu sebanyak RM10/kaki tetapi memilih untuk beli RM25/kaki.RM3bilion duit hangus kerana nak kenyangkan tembolok pemimpin MCA yang berselindung di sebalik syarikat yang jual tanah tu pada kerajaan.Jangan lupa dengan skandal komisen hampir RM1bilion untuk kapal selam scorpene dan jet sukhoi.Punyalah korup sampai pakai orang tengah dalam Malaysia(Kerabat dia jugak).Padahal orang tengah tu tak perlu.
6. Membazir. Jangan lupa cara Pak Lah beli jet peribadi RM200juta.Padahal jet-jet PM lama tersadai dekat sg Besi.Jangan lupa bangunan Matrade.Sebab lembap,kos naik RM120j.Jangan lupa projek keretapi ke Thailand.Sebab bodoh kos dari RM8b naik kepada RM12b.RM4b hangus.Jangan lupa beli MV Augusta RM500juta tapi jual 1 euro.Jangan lupa jambatan bengkok yang dibatal sampai kena bayar pampasan hampir RM300juta.
7. Kroni kenyang rakyat lapar. Masih ingat kisah bail-out syarikat MISC dan UEM ketika krisis kewangan 1997?Masih ingat bagaimana Petronas diguna utk bail-out syarikat Scomi RM2b apabila syarikat milik anak Pak Lah tu terjebak dengan skandal nuklear Libya?Masih ingat dengan Skandal Oil For Food Pak Lah yang sampai Tun Mahathir minta siasat?Apa cerita pula rakyat?Macammana kemiskinan tegar?.Sabah no 1 (32400 orang).Terengganu no 2 (8300 orang).Perak no 3 (5700 orang).Sarawak no 4 (5200 org).Kedah no 5 (5000 orang).Kelantan yang dikatakan mundur di bawah ulamak tu pun no 6 (3600 org).Ini tradisi membela rakyat?
8. Agama Tergadai. Apa dipanggil membela agama jika Masjid Bujal dirobohkan?Surau Al-Ijtimaiah di kampung Berembang diruntuhkan?Apa cerita hudud yang dihina dan dihalang kerajaan dan hukum poligami yang dipermainkan menteri wanita?Apa tindakan UMNO bilamana pemimpin Gerakan minta mufti letak jawatan?Masih ingat reaksi Pak Lah berkenaan isu Lina Joy?Apabila cucu ulamak ini sanggup kata "Malaysia does not forbids muslim from converting?".Mana rasa tanggungjawab dia jaga akidah rakyat?Sudah lupakah kata2nya bahawa "Islam does not above constitution" yang memaksa FORKAD mengeluarkan kenyataan meminta Pak Lah mengucap kembali?Itu dipanggil menegakkan agama?
9.Bangsa tergadai. Apa cerita lebih 66000 ekar tanah rezab Melayu akan terjual kepada orang lain melalui projek ECER? (Ruj The Edge Daily 27 Sept 2007).Apa cerita Tanah Rezab Melayu yang asalnya kira-kira 3 juta ekar?Berapa ekar yang tinggal?Apa cerita Tanah Rezab Melayu Gombak yang terjual pada bukan Melayu?Apa disungguh mahu merampas Kelantan sedangkan nasib Melayu di Pulau Pinang makin dipinggir hari demi hari?Apa cerita rumah-rumah Melayu yang diroboh di kampung Berembang dan Kampung Bujal sedangkan penternak-penternak babi di Melaka boleh pula bertoleransi?Itu dipanggil perjuangkan Melayu?
10.Tanah air tergadai. Masih ingatkah peristiwa pembelian Pantai Holdings oleh Parkway sehingga sistem kesihatan swasta kita hampir dikuasai warga asing?Apa cerita WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) yang lemah peraturannya hingga memberikan peluang untuk warga Singapura menguasai kawasan perdagangan Selatan Semenanjung?Apa lemahnya kerajaan hinggakan terpaksa tunduk pada desakan Singapura dalam isu jambatan bengkok hingga kita rugi RM300juta.Apa lemahnya pemimpin hinggakan perjanjian pembelian air mentah 3 sen/1000 gelen masih kekal?Apa lemahnya Pak Lah hingga untuk berjumpa Bush sanggup bayar pelobi Yahudi di washington DC bernama Jack Abramoff melalui Duta Malaysia di washington?Perkara ini kemudiannya terbongkar melalui dokumen siasatan di Kongres Amerika sendiri.Ini dipanggil membela tanah air?
Katakan Tak Nak Tuan-Tuan.Katakan Tak Nak kepada BN!!
iBNuZACK: Ini hanya 10 sebab yang pertama.Masih ada 10 sebab yang kedua,ketiga,keempat....
Assalamu'alaykum
Sumber: http://ibnuzack.blogspot.com/
2.23.2008
Masjid Kritstal Hadhari
Masjid ini mungkin berharga 10 juta tetapi di mana pergi nya 290 juta lagi pembelanjaan untuk membina Taman Tamadun Islam.
Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man Terengganu adalah bukti bagaimana Pemerintahan UMNO mencuri duit rakyat atas nama islam. Taman tema ini yang hanya terdiri dari sebuah masjid , sebuah dewan awam dan beberapa model masjid telah memakan belanja lebih dari 300 juta ringgit dan duit itu datang dari dana yang sepatutnya di belanjakan untuk menolong orang miskin dan kebajikan ummah namun telah di belanja dengan begitu tidak bertanggung jawab untuk tujuan mencuri duit rakyat melalui pelaksanaan projek yang di beri terus kepada kroni mereka Patrick Lim.
Membiarkan masjid di bina oleh orang kafir sungguh menghinakan , membiarkan duit rakyat di curi berjuta ringgit lagi menghinakan rakyat Terengganu.
Ini adalah dewan yang berbentuk masjid di mana orang ramai boleh menyewa untuk melangsungkan masjlis kahwin yang mungkin akan di sertakan dengan nyanyian dan muzik . Cuba bayangkan menyanyi dan mendendangkan muzik dalam bangunan yang berbentuk masjid. Amat menghinakan. Bangunan ini mungkin berharga 10 juta , dan kalau di campur dengan kos anggaran masjid kristal 10 juta , ia masih berjumlah 20 juta. Dimana lagi 280 juta pergi.
Dimanakah pergi nya 279 juta kalau tidak ia berada di dalam saku Patrick Badawi dan Khairy yang menjadi rakan setia nya. Adakah 279 juta duit yang sepatutnya di belanja kepada rakyat berada di dalam saku pemimpin UMNO terengganu untuk mengenyangkan perut mereka selepas menipu ummah Terengganu. Sungguh laknat mereka mereka ini.
279 juta duit rakyat Terengganu di bazir dan di curi atas nama Islam dan shiar Islam, Inilah penghinaan yang sangat besar di bawah fahaman sekular berkulit Islam yang di panggil Islam Hadhari.
2.21.2008
Surat Untuk Umat Islam Seluruh Dunia
Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang alin demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim ZIonis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.
“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).
Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.
Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….
Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:
1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.
Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya.
2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.
3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.
4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)
5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.
6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.
7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.
8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.
Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.
9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-
a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.
b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.
Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.
Gerakerja secara kolektif
Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.
“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)
Note:
Dr. Mahmoud Ezzat,
Setiausaha Agung,
Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik
2.20.2008
Perang Terhebat Dalam Abad Ini
Sebelum meneruskan penulisan ini biarlah saya menerangkan siapa diri saya. Saya bukan ahli PKR, bukan penjilat Cikgu Bad. Saya hanyalah seorang insan yang mahu melihat generasi muda pada hari ini benar – benar bebas dari unsur gangsterisma, negara tidak terus tergadai di tangan Singapura, semua kaum dapat hidup bersama tanpa ada satu unsur prejudis sesama kaum.
Semua perkara yang disebut merupakan perbuatan keji yang telah dibuat oleh sang menantu PM Khairy Jamaluddin. Tidak perlu saya memberi bukti apakah benar semua perkara yang disebut itu benar – benar telah dibuat oleh beliau.
Apakah ECM Libra tidak mempunyai kaitan dengan puak Yahudi (walaupun telah dijual kerana Tun Dr.M telah dedahkannya). Apakah benar beliau tidak terlibat di dalam gangsterisma? Kerana semua perkara tersebut boleh diperolehi di ms.wikipedia.org atau antikhairy.blogspot.com khasnya mengenai gangsterisma.
Anak muda Malaysia harus bersama – sama turun di mana sahaja sang menantu ini bertanding. Ini bukan soal Cikgu Bad bertanding dengan KJ sahaja, tapi ini soal survival politik dan ekonomi negara kita. Kalau KJ dapat dikalahkan atau jikalau dia menang akan tetapi dengan majority yang sikit sudah tentu ini merupakan satu tamparan hebat buat Pak Lah kerana selama ini Pak Lah sentiasa mengagungkan kononnya sang menantu ini cerdik dan diterima rakyat.
Jika mahu kerajaan Dinasti Badawi ini tumbang, tumbangkan dahulu atau malukan dahulu pemain utama yang selama ini bangga kononnya beliaulah yang paling hebat.
Buat Khairy, ingat dahulu kamu pernah berkata “Pemuda Sedia Tempur, PKR terkubur”. Ya, PKR mungkin boleh terkubur, tapi ingat. Setiap caci maki hamun, berlagak samseng, mengarahkan budak – budak muda memukul petugas PAS yang berusia 40an hingga cedera parah akan senantiasa diingati oleh kami anak – anak muda yang benar – benar mahu Malaysia hebat untuk orang Melayu, Cina, India, Iban dan lain – lain. Setiap kali kamu mahu perjuangan untuk keadilan semua kaum terkubur maka seribu kali kami akan bangkit.
Kamu panggil Anwar Ibrahim munafiq, ya silakan. Tapi bagi kami kamulah munafik yang paling besar pernah hidup dalam sejarah Malaysia. Mahu hapuskan gangsterisma tapi kamu sendiri bergelumang dengan tahi gangsterisma ini. Mahu kata kamu ini anti Yahudi ahhh kamu ini sebenarnya barua Yahudi. Jangan lupa akan skandal ECM Libra. Mujur Tun Dr. M dedahkan dan Husam Musa dedahkannya. Kalau tidak sampai mati pun kamu akan menjadi pejilat buntut Yahudi yang sebenar.
Khairy Jamaluddin, sila bertanding di mana sahaja kamu minat. Tapi cabaran telah dibuat agar kamu bertanding di Rembau. Ayuh datang ke sini. Bawalah puluhan ribu mat-mat rempit bersama.
TAPI AWAS YA KHAIRY! AWAS! KAMI ANAK MUDA BERBANGSA MALAYSIA AKAN BERSATU MELAWAN DENGAN KAMU SEMUA!!!
2.19.2008
Rakyat perlu buat perubahan dan BN harus diketepikan!
1. Harga barang naik mendera rakyat
Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada 28 Februari 2006 menyebabkan kenaikan harga barang bertambah buruk.
Tindakan itu berpunca dari sifat kedekut untuk membelanjakan RM4.4 bilion setahun demi kepentingan rakyat. Pada masa yang sama, kerajaan begitu bermurah hati membelanjakan RM 6.7 bilion setahun untuk memberikan subsidi gas kepada kapitalis-kapitalis kaya raya yang memiliki Independent Power Producers (IPP). Menambahkan lagi pembaziran wang rakyat, tenaga elektrik yang dijanakan oleh IPP hampir tidak digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sebaik sahaja harga minyak dinaikkan, kadar inflasi melambung hingga 4.8 peratus di dalam bulan Mac 2006, yang paling tinggi dalam enam tahun. Pakar ekonomi di Affin Securities, Suhaimi Ilias pada waktu itu berkata, kenaikan harga minyak dan tarif elektrik memburukkan lagi inflasi.
2. Jenayah menjadi-jadi hingga Tun Hanif Omar pun rasa tidak selamat
Dalam masa empat tahun Abdullah menjadi Perdana Menteri, jenayah meningkat sehingga 45 peratus. Memburukkan keadaan, Abdullah sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri membuktikan beliau tidak tahu apa-apa pun apabila bertanya "Apa yang sedang berlaku? Mengapa tinggi sangat?"
Dalam tulisan bertajuk bertajuk "Crime and quality of life" dalam ruangannya di Sunday Star "Point of View", bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menyatakan, "Saya dan keluarga saya tidak lagi berasa selamat berjalan-jalan di Kuala Lumpur".
Perdana Menteri tidak pernah menafikan dakwaan Malaysia Today bahawa beliau takut kepada gabungan "unholy trinity" iaitu Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR. "Unholy trinity" pula digambarkan oleh laman berita itu sebagai diikat habis tengkuk mereka oleh BK Tan, kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga menguasai sistem maklumat berkomputer polis.
3. Dr M gambarkan BN penuh dengan tunggul mati yang korup
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggambarkan BN dipenuhi pemimpin "korup dan tunggul mati" apabila Malaysiakini melaporkan mengenai misi beliau dalam pilihan raya umum iaitu 'membersihkan' kerajaan BN, khususnya parti tulang belakangnya, Umno.
Sambil menyatakan BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri, Dr Mahathir menyeru para penyokong BN supaya jangan calon-calon yang korup dan tidak cekap kerana "inilah cara kita dapat bersihkan... BN dan Umno".
Beliau juga berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang.
4. Dr M kata kerajaan BN jadikan Malaysia lembik dan bacul
Dr Mahathir pernah menyifatkan Perdana Menteri menggadaikan maruah negara dan, seperti yang dilaporkan NST 2 Mei 2006, negara dijadikannya lembik dan bacul (half-past-six country which has no guts).
5. Dr M kata PM suka bohong, kaki tidur, tak jujur, tak bijak
"Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong," tegas Dr Mahathir sambil menambah bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed a habit of lying) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britain, Amerika Syarikat dan Australia.
Bukan setakat itu sahaja, Dr Mahathir juga menyifatkan penggantinya itu kaki tidur waktu kerja.
"Tempoh tumpuannya (Abdullah) sangat singkat dan semua orang memberitahu saya ... bahawa beliau tidur, walaupun ketika pelbagai perkara dibentangkan kepadanya ... Beliau suka membiarkan pembantu-pembantunya memberitahu beliau apa yang hendak dilakukan," kata Dr Mahathir.
Ketika ditemubual majalah Off The Edge, Dr Mahathir mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Perdana Menteri adalah seorang yang lembab, lembab, tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan, tidak betul, tidak jujur, tidak bijak, menjatuhkan maruah negara serta menyebabkan negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan manakala kerajaan pula hilang kewibawaan.
Dalam temubual yang disiarkan oleh Malaysiakini, ketika ditanya adakah Perdana Menteri boleh dianggap tunggul mati, Dr Mahathir tidak menafikannya. Beliau hanya berkata: "Saya tidak tahu apa pandangan saya, tetapi saya tahu saya mempunyai perbezaan pendapat dengannya".
6. Dr M kata Khairy lebih berkuasa dari PM
Sehingga kini, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Kalimullah Masheerul Hassan masih menikus terhadap cabaran bekas Setiusaha Politik Dr Mahathir, Mathias Chang yang mencabar untuk berdebat bahawa mereka tidak meletakkan Perdana Menteri di bawah kawalan mereka dan mempengaruhi keputusannya.
Mathias juga mencabar Khairy dan Kalimullah mengisytiharkan aset mereka sebelum Abdullah menjadi Perdana Menteri pada Oktober 2003 dan sekarang.
"Saya dengar kata di tingkat empat (di Jabatan Perdana Menteri). You pi cari tengok ada kerusi meja ke, siapa ada, ada ofis boy ke ... dari Oxford, dari Cambridge," kata Dr Mahathir merujuk kepada sekumpulan kakitangan muda yang dikatakan oleh sumber dalaman Umno sebagai berkhidmat kepada Khairy.
"Tingkat empat ni boleh telefon siapa saja dan nasihat untuk buat benda yang baik. Sebab tu hari ini kita tengok semuanya baik-baik belaka. Tingkat lima Perdana Menteri duduk. (Tingkat empat) lebih berkuasa dari tingkat lima sebab dia lebih pandai. Tingkat lima tak pi Oxford".
Perdana Menteri pernah menafikan beliau tunduk kepada pengaruh Khairy. Bagaimanapun, apa yang diceritakan Timbalan (II) Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Wong Chun Wai bertentangan dengan dakwaan Perdana Menteri, yang pernah menyatakan beliau "kelihatan lesu dan tidak tahu membuat keputusan" (The Star, 20/5/2006).
Menurut Wong, pada 25 Disember 2003, beliau menyampaikan "Christmas wish"nya kepada Khairy. Wong memberitahu Khairy bahawa beliau ingin melihat pasukan polis yang bersih dan direformasikan. Selepas itu, pada 29 Disember 2003, Perdana Menteri mengumumkan, kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjadikan PDRM sebagai satu pasukan penguat kuasa undang-undang yang berwibawa dan dihormati.
7. Dr M seru rakyat Kelantan jangan percaya janji BN
Membayangkan kerajaan BN pembohong, Dr Mahathir menyeru rakyat Kelantan supaya tidak terpedaya dengan janji yang ditabur oleh kerajaan pusat yang berjumlah RM3 billion untuk pembangunan lebuhraya dan empangan di Kelantan. Sebaliknya beliau meminta rakyat Kelantan bertanya, mana duitnya? Tunjukkan dahulu duit tersebut!
Bekas Pengerusi BN itu juga dilaporkan berkata, sekiranya ketewasan Umno adalah satu-satunya cara bagi menyedarkan kepimpinan Umno sekarang tentang kelemahan pucuk pimpinan parti, maka, rakyat Kelantan seharusnya memberi undi mereka kepada PAS demi kebaikan negara Malaysia tercinta.
Ketika bekas Presiden Umno itu membuat kenyataan tersebut, Tengku Razaleigh Hamzah berkongsi pentas dengan Dr Mahathir dan duduk sebelah menyebelah.
Bukan itu sahaja, Dr. Mahathir memberi ucapan supaya rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri di atas platform yang dinaungi oleh Tengku Razaleigh sendiri!
Sebab itulah, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan kenyataan Dr Mahathir yang memberi mesej secara yang menggambarkan rakyat wajar terus memberi sokongan kepada PAS di Kelantan.
8. Dr M kata 'Patrick Badawi' perintah Terengganu
Dr Mahathir menegaskan, bahawa Terengganu sebenarnya diperintah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan perniagaannya , Patrick Lim.
"Patrick Lim ini ialah Patrick Badawi," akhbar Singapura, The Straits Times 23 September 2006 memetik Tun Dr Mahathir sebagai berkata.
"Ini adalah Perlembagaan baru yang telah diubah tanpa pengetahuan Parlimen. Perlembagaan baru berkata menantu dan Patrick Lim sedang memerintah Terengganu," sindir bekas Perdana Menteri.
Benarkah rakyat Terengganu menolak kerajaan sendiri dan mengangkat pemerintahan Patrick Lim? Menurut Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa, pertambahan pengundi baru antara 1999 hingga 2004 ialah 68,585 orang. Dalam pilihan raya 2004, Undi Barisan Alternatif (BA) merosot sebanyak 9,103 undi tetapi undi BN meningkat sebanyak 93,249 undi berbanding 1999.
"Jika kita tolak 9,103 undi yang dulunya mengundi BA dan sekarang mengundi BN (93,249 tolak 9,103 = 84,146). Undi BN tidak termasuk pertambahan ‘undi rakyat’ sebanyak 9,103 undi tadi telah meningkat sebanyak 84,146 undi!
"Angka ini melebihi angka pertambahan pengundi baru seramai 68,585 orang!" kata beliau. Bagaimana dinafikan wujudnya penipuan?
9. ECER akan sapu tanah rezab Melayu.
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ditubuhkan untuk mengambilalih 66,736 km persegi tanah rezab Melayu atau 40 peratus kawasan ECER. Pemilik-pemilik tanah rezab Melayu di dalam ECER hanya mempunyai dua pilihan. Pertama, pemilik menukarkan tanah mereka dengan unit-unit saham dalam sebuah badan yang didakwa "badan amanah". Kedua, menjualkan terus kepada badan yang didakwa "badan amanah itu".(The Edge Daily 24 September 2007)
10. WPI untuk Singapura, gugat Islam
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: "Kenapa kita harus bergantung sangat dengan penyertaan Singapura untuk membangun WPI? KaIau pun mereka bersetuju untuk terlibat dalam WPI mereka nanti akan membeli rumah atau kilang dan menginap di situ.
"Singapura dikatakan ada rancangan untuk menambah jumlah penduduknya sehingga 8 hingga 10 juta orang. Dan sebahagian besar orang-orang itu akan diimport dari tanah besar Cina. Oleh kerana di negaranya sendiri hanya boleh memuatkan setakat lima hingga enam juta maka baki penduduk itu mungkin akan ditempatkan di WPI. Jadi kalau kita kita tidak berwaspada, WPI akan akhirhya dipenuhi oleh penduduk warga Singapura.
"Pengalaman silam telah mengajar kita bahawa kita kehilangan Singapura dulu, kerana penduduk Cina lebih ramai dari orang Melayu. Dan esok jika kerajaan membiarkan warga Cina Singapura ramai menduduki WPI (dengan berniaga, bekerja dan membeli banyak hartanah di situ) lebih dari penduduk Melayu, maka WPI akan dikuasai oleh orang Cina Singapura kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah di wilayah itu".
Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) pula melaporkan: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengakui bahawa terdapat kemungkinan bahawa Akta IRDA 664 tidak digubal dengan tatacara sepatutnya. Akta IRDA 664 diwujudkan untuk memudahcarakan cita-cita mewujudkan WPI.
Menteri Besar Johor itu menjawab isu yang dibangkitkan oleh ProWaris mengenai Akta IRDA 664. ProWaris melihat akta itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara.
Semua itu adalah idea Perdana Menteri. "Let me stress that this is my idea. It did not come from anyone else. It is my own vision and plan to create this super corridor in south Johor to make it the nation’s premier growth centre," NST memetik beliau berkata.
11. Dr M minta siasat PM kerana skandal minyak
Skandal Oil for Food yang menzalimi rakyat Iraq yang dihimpit kemiskinan dan kelaparan disifatkan oleh wartawan Fox News, Fred Barnes sebagai "skandal terbesar dalam sejarah manusia".
Dr Mahathir berkata: "Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya tidak tahu perkara tersebut ... hanya selepas saya melepaskan jawatan, laporan tersebut dibuat.
"Apa yang penting bukan sama ada beliau merupakan penerima atau tidak, tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri - atau sesiapa yang memegang jawatan dalam kerajaan - tidak wajar terlibat dalam mana-mana transaksi komersil. Nampaknya, dia turut terlibat.
"Sejauh mana dia turut terlibat saya tidak tahu...tetapi saya fikir, sepatutnya suatu siasatan perlu dilakukan oleh badan bebas, bukan oleh mereka yang di bawah Perdana Menteri".
Malaysiakini melaporkan, dua orang yang terlibat secara langsung dalam transaksi Oil for Food itu ialah bekas ipar Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, Faek Ahmad Shareef dan adik Endon, Noorasiah.
Abdullah menulis surat yang menyokong perniagaan kedua-duanya di daalm skandal Oil for Food itu.
12. PM langgar garis panduan JPM, lepaskan harta kerajaan
Perdana Menteri melanggar garis panduan JPM apabila saham Pantai Holdings sebesar 31 peratus "dipersembahkan" kepada Parkway Holdings dari Singapura dengan harga RM312 juta sahaja. Skandal itu pernah dilaporkan oleh Malay Mail (19 Disember 2005).
Mengulas skandal itu, Husam berkata: "Lebih menyedihkan lagi, penjualan saham Pantai kepada pihak Singapura sebanyak 31% itu bercanggah dengan garis panduan penggabungan dan pengambil alihan milik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri sendiri bertarikh 21 Mei 2003 lagi. YAB, maafkan saya, sebenarnya telah melanggar garis panduan Jabatan Perdana Menteri sendiri berkait dengan fasal-fasal 4.3, 6.3 dan 7.3. Bagaimana ini boleh berlaku?"
Bukan setakat itu sahaja. Kerajaan Barisan Nasional juga melepaskan syarikat-syarikat strategik negara ini untuk diambilalih oleh syarikat-syarikat Singapura sehingga ke peringkat yang parah dan akan memusnahkan negara ini. antaranya termasuk pengambilalihan Pantai oleh Parkway; pembelian sebahagian kepentingan AirAsia, Proton Holdings Bhd oleh GSIC; pemilikan ekuiti Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Malaysian Plantations Bhd oleh Temasek Holdings dan pemilikan saham-saham pelabuhan tempatan, Westports, oleh pengendali pelabuhan Singapura, PSA, melalui Hutchison Ports Holdings.
13. Dr M tanya macam mana Khairy jadi jutawan segera?
ECM Libra merupakan sebuah syarikat senaraian awam yang tidak terkenal sebelum ia mengambil alih Avenue Capital. Manakala Avenue Capital pula ialah syarikat merupakan milik Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF Inc.) di mana Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab.
MyKMU.Net melaporkan:
Avenue (untuk setahun hingga 31-1-2006)
Shareholders' Fund (Jumlah Capital): RM673 juta (pada 31/1/2005)
Revenue: RM78.1 juta
Profit Before Tax (PBT): RM56.6 juta
Earning per Share (Basic EPS): 6.89 sen sesaham
Net Tangible Asset Per Share: 92.6 sen sesaham
1-year Profit Growth (PBT): +78.8%
ECM Libra (setahun hingga 31-12-2005)
Shareholders' Fund (Jumlah Capital): RM578.3 juta (pada 30-3-2005)
Revenue: RM44.8 juta
Profit Before Tax (PBT): RM17.7 juta
Earning per Share (Basic EPS): 3.74 sen saham
Net Tangible Asset Per Share: 1.34 sen
1-year Profit Growth (PBT): -45.9%
Cuba bandingkan dari segi keuntungan, keuntungan sesaham, pertumbuhan keuntungan, saiz modal dan sokongan aset setiap saham antara kedua-dua syarikat ini. Jelas Avenue lebih dari semua segi.
Sebab itulah, apabila kedua-duanya bergabung sebaik sahaja Khairy mempunyai kira-kira RM9.2 saham dalam ECM Libra, penggabungan itu disifatkan sebagai "ular lidi" menelan "naga".
Apabila ditanya adalah beliau meluluskan cadangan penggabungan ECM Libra dan Capitral Avenue yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF Inc.), The Star 20 Januari 2006 memetik Perdana Menteri berkata: "I am not involved in any way. I don’t know" (Saya tak terlibat sama sekali. Saya tak tahu).
Bagaimana Khairy menjadi jutawan segera? Khairy mendakwa dia meminjam duit kawan untuk membeli saham dalam ECM Libra. Tetapi, dia tidak menjawab pertanyaan Dr Mahathir: "Di mana dia dapat duit RM9 juta… dia kata pinjam dekat kawan… siapa dia kawan yang bagi pinjam sampai RM9 juta..saya pun nak pinjam jugak.
"Barangkali ada juga dikalangan Pemuda-pemuda UMNO nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra…boleh ke orang lain pergi pinjam. Pasal apa kawan tu bagi (pinjam)…kalau nak pinjam di bank, boleh ke kita pergi ke bank nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra.
"Suruh ahli-ahli UMNO ke bank pinjam RM9 juta…kalau boleh dapat".
Lebih pelik lagi, dalam jawapan kepada peguam yang mewakili Matthias Chang; Timbalan Peguam Cara Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Haini Hassan memberitahu, dokumen-dokumen berkaitan penggabungan ECM Libra and Avenue Capital Resources "tidak terdapat dalam simpanan (possession), jagaan atau kawalan Kementerian Kewangan".
14. Anak PM juga jutawan segera
Dalam masa hanya beberapa bulan sahaja Abdullah menjadi Perdana Menteri, anaknya Kamaluddin diisytihar sebagai antara 10 tokoh perniagaan Melayu terkaya di negara ini, dengan aset lebih RM320 juta.
Abdullah pernah menyatakan bahawa anak-anak Dr Mahathir menerima manfaat yang jauh lebih besar dari apa yang diterima oleh Scomi. Kenyataan Abdullah itu dengan sendirinya mengakui bahawa syarikat yang dikuasai anaknya juga menerima manfaat dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
15. PM cakap tak serupa bikin
Perdana Menteri yang mengarahkan wakil-wakil rakyat dan keluarga mereka mengisytiharkan harta membuat kenyataan yang menghalang harta anak menantunya diisytiharkan. Beliau menegaskan, beliau tidak bercadang membuat pendedahan tentang harta yang dimiliki oleh anak-anak mahupun menantunya.
‘‘Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki,’’ kata Perdana Menteri.
16. Malaysia tercorot dalam senarai demokrasi terencat
Malaysia dapat nombor corot, nombor 81, dalam senarai demokrasi terencat (Democracy Index 2007). Tercorot dalam senarai demokrasi terencat. Bukan demokrasi sihat.
2.16.2008
Kembali kepada Islam, rujuk Ulama - Tun Mahathir
Kenyataan itu membuatkan hadirin memberi tepukan gemuruh kepada Penaung UIAM itu.
Semasa memberikan ucaptamanya di satu Program 'Global Peace : Crisis In Islamic World' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pagi tadi, Dr Mahathir turut berkata, tanpa Ulama umat Islam sukar untuk memahami Islam yang sebenarnya.
Beliau dijemput memberi ucaptama di UIAM sempena program Minggu Ummah 2008.Turut hadir ialah, Pengerusi UIAM, Tan Sri Sanusi Junid; kepimpinan akademik UIAM serta mahasiswa dari pelbagai negara yang menuntut di universiti tersebut.
Berucap lanjut Dr Mahathir mengingatkan supaya ummah merujuk kepada Ulama untuk memilih pemimpin termasuk dari sudut politik.
Malah, beliau mengingatkan peranan Ulama sejak 1400 tahun lalu yang dijadikan sumber rujukan dan beliau turut menyeru semua kembali kepada asas Islam merujuk kepada Al-Quran dan Hadis.
Menjawab soalan hadirin sewaktu sesi soal jawab, Mahathir turut menasihati agar para pemimpin untuk mengikuti ajaran agama yang sebenarnya.
Berkaitan dengan kewangan negara mengikut Islam beliau menyarankan agar masyarakat tidak menyimpan wang semata-mata, sebaliknya membelanjakan dengan jalan yang betul.
Selain itu beliau turut mengingatkan sesebuah negara Islam agar tidak membeli bon atau membuat pinjaman daripada negara musuh yang akhirnya menyiapkan bekalan ketenteraan untuk membunuh umat Islam di dunia.
Secara bersahaja beliau memberi amaran agar negara Islam tidak bergantung kepada mata wang Amerika Syarikat di masa akan datang.
Kesemua faktor ini katanya hanya akan menjadikan sesebuah negara itu miskin.
"Dengan jumlah wang yang banyak di tangan kita sewajarnya kita membelanjakannya menurut tuntutan al-Quran.
"Dunia ini bukan milik kita tetapi milik Allah," kata Dr Mahathir.
Sebelum itu kehadiran Dr Mahathir disambut dengan majlis yang gilang gemilang antaranya dengan kompang, iringan bunga manggar dan alunan selawat semasa memasuki Dewan Besar, CAC UIAM Gombak pada jam 11.00 pagi.
Beliau ditemani Pengerusi UIAM selain mendapat tepukan gemuruh lebih 4000 peserta yang setia menanti kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke UIAM.
Seorang sumber memberitahu, sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hadir ke UIAM ketika merasmikan sambutan Jubli Perak UIAM awal Januari lalu.
Namun sambutan kehadiran Najib itu tidak sehebat sambutan kehadiran Dr Mahathir.
Beliau juga memberitahu setakat ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan tidak pernah membuat lawatan rasmi ke UIAM, sebaliknya hanya menghadiri program universiti itu yang diadakan di luar kampus.
2.14.2008
Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syarak
''mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya''.
Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:
''Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya''.
Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa'adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.
Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam
Ramai di kalangan 'alim ulama' yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima'ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma'ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:
''Para ulama' daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji'ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.
Pendapat mereka ditolak oleh Ijma' mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.
Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara' dan berdasarkan 'Aqal
Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara' atau berdasarkan 'aqal atau kedua-duanya sekali?
Al Mawardi, Abu Yu'la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara' dan 'aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan 'aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta'ala:
Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:
Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi'in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).
Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
''Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua''.
Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.
Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam
Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.
Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai'ah Ammah.
Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan 'baiah 'ammah' di masjid Al Nabawi.
Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.
Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam
Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama 'Baiah Ammah' atau 'Al Syahadah' maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
''Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan bai'ah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah''.
Antara maksud lafaz baiah itu ialah:
''Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya''.
Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta'ala, maksudnya:
''Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu''. (At Talaq:2)
Firman Allah lagi, maksudnya:
''Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah''. (At-Talaq:2)
Firman Allah Ta'ala lagi, maksudnya:
''Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya''. (Al-Baqarah: 283)
Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
''Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya''.
Mendaftar Diri Sebagai Pemilih
Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.
Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majoriti). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.
Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:
''Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib''.
Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara'.
Kesimpulan dan Penutup
Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara' itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.
Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.
''Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib''.
2.11.2008
'Rasa Sayang Eh' versi Pak Lah!
Rasuah sayang eh
Rasuah Sayang Sayang eh,
He lihat Pak Lah tidur
Rasa sayang sayang eh,
Budak mongolia di luar pagar,
Ambil C4 tolong bombkan,
Saya budak baru nak mengajar,
Kalau salah you duduk diam - diam.
Rasuah sayang eh
Rasuah sayang sayang eh
Eh lihat Zam bodoh rasa sayang sayang eh
Zainuddin kita nak marah al - jazeera,
tapi sendiri tak berpengetahuan,
Mungkinkah belajar dari...(*ditapis),
Kerana jawapannya macam ketam.
Rasuah sayang
Eh rasuah sayang sayang Eh
Eh lihat parliment rasa sayang sayang eh
Parlimen kita macam zoo negara,
Penuh dengan banyak binatang,
Ada beruk, monyet dan kera,
Kalau pergi sana bawalah kacang,
Rasuah Sayang
Eh rasuah sayang sayang eh
Eh lihat rempit jauh rasa sayang sayang eh
Khairy kata rempit sangat terer,
Mereka ialah mat cemerlang,
Otaknya sekarang entah mana,
Mungkin nak jadi rempit di longkang.
Rasuah sayang eh rasuah sayang sayang eh
Eh lihat bola kita jauh rasa sayang sayang eh
Dulu kita main bola peringkat antarabangsa,
Sekarang main macam ketam,
Kalah 5 - 1 kepada China,
Semalam pula kalah kepada Vietnam.
Rasuah Sayang Eh
Rasuah Sayang Sayang Eh
Eh lihat Indonesia jauh rasa sayang sayang eh
Rasa sayang milik indonesia
Malaysia kata mereka punya
Otak engkau lagu ini milik kita
Kita punya Rasuah sayang sebenarnya
Rasuah sayang eh
rasuah sayang sayang eh
Eh lihat polis jauh rasa sayang sayang eh
Bila nak tiba hari raya
Polis kita merata rata
Muka mereka semacam saja
Bagi IC dan ringgit Malaysia
Rasuah sayang eh
rasuah sayang sayang eh
Eh lihat Pak Lah tidur rasa sayang sayang eh
Air di Johor melimpah limpah
Pak lah beli rumah di Australia
Bila Mahathir kita marah
Dia kata rumah itu orang lain pula.
Rasuah sayang
Eh rasuah sayang sayang eh
Eh Malaysia hancur rasa sayang sayang eh.
* (Tidak sesuai untuk bacaan umum)
2.08.2008
2.06.2008
manifesto PAS: 'Negara beramanah, bersih, adil dan berkebajikan'
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Hrkh) - Lebih 1,000 pemimpin PAS pelbagai peringkat hadir dalam majlis taklimat Manifesto Pilihan Raya PAS di Dewan Dato' Fadzil Mohd Nor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, dekat sini, pagi tadi.
Dengan bertemakan 'Negara Beramanah, Bersih, Adil dan Berkebajikan', majlis pelancaran dan taklimat khas manifesto ini disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefli Ahmad.
Dalam majlis yang sama, para pemimpin PAS peringkat pusat, negeri dan kawasan diberi peluang untuk turut sama berkongsi pendapat serta membincangkan intipati manifesto tersebut.
Dalam merealisasikan hasrat PAS membentuk negara berkebajikan, PAS antara lain menawarkan penurunan harga bahan bakar (petrol dan diesel) dengan pendekatan 'subsidi' bagi menangani inflasi harga barang keperluan dan perkhidmatan.
Selain mendedahkan 32 tawaran yang lain, di sektor pendidikan, PAS menawarkan penghapusan semua pinjaman tertunggak PTPTN, mengembalikan pendidikan percuma di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam serta pemberian biasiswa.
Turut dijangka mendapat perhatian, pelaksanaan Akta Gaji Minima serta Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional, penghapusan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) serta Akujanji di kalangan kakitangan kerajaan.
Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, majlis taklimat pada hari ini adalah untuk tujuan penjelasan di peringkat jentera parti, manakala pelancaran manifesto tersebut kepada umum akan dibuat dalam jangka masa terdekat ini.
Majlis penutup dilaksanakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tengahari tadi. Turut hadir, Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang; Ketua Penerangan, Mahfuz Omar serta Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali serta AJK PAS Pusat dan Dewan-dewan.
PAS mendahului parti-parti politik yang lain dalam menyiapkan manifesto pilihan raya yang sekaligus menggambarkan keseriusan dalam melaksanakan agenda perubahan dalam negara khususnya untuk memberi manafaat kepada rakyat.
Sebelum ini, banyak pihak termasuk pemimpin Umno-BN memberi ulas2.03.2008
Inspiring Compositing Work
I was emailed about this video but you can also find a nice read on http://motionographer.com/
Agenda Negara Kebajikan
Jumlah itu tidaklah besar, malah seandainya zakat 2.5% di ambil daripada keuntungan Petronas berjumlah RM 70.2 Bilion sudah mencukupi membiayai sejumlah besar kos tersebut. Bagi kos sara hidup pelajar, tidak termasuk dalam perkhidmatan pendidikan percuma yang ditawarkan oleh kerajaan. Pelajar membiayai kos hidup mereka sama ada melalui wang saku sendiri, keluarga, biasiswa atau pinjaman. Sehubungan dengan itu, mereka juga boleh melakukan kerja sambilan di luar waktu pengajian sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim semasa beliau dalam kerajaan dahulu. Bekerja separuh masa bagi pelajar-pelajar di peringkat pendidikan tinggi ini satu perkara lumrah di negara-negara maju seperti United Kingdom dan lain-lain. Malah kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke negara-negara seperti ini mengambil peluang untuk bekerja separuh masa.
Kelonggaran yang diberikan seperti ini bagi penuntut-penuntut IPTA sebenarnya memberi pengalaman besar kepada mereka. Bagi negara pula, kerajaan sebenarnya telah menyelamatkan sejumlah besar wang negara mengalir keluar melalui pembawaan masuk pekerja asing. Dengan gaji setimpal yang diperolehi oleh pelajar-pelajar IPTA ini pula sebenarnya akan menjana kuasa beli dalam sektor-sektor yang tidak berkembang di Malaysia seperti industri buku dan seumpamanya. Pengalaman yang diperolehi oleh pelajar ini juga boleh menggantikan kursus-kursus keusahawan yang diberikan oleh kerajaan yang sebenarnya turut memerlukan kos yang tinggi untuk disediakan.
Sebenarnya dengan berbelanja secara berhemah, kerajaan boleh menjimatkan sebegitu banyak perbelanjaan yang kemudiannya boleh disalurkan untuk pendidikan percuma. Contoh yang mudah ialah kerajaan mengurangkan penghantaran pelajar di peringkat ijazah pertama ke luar negara kecuali dalam sektor-sektor yang kritikal dan perlu. Kerajaan telah berbelanja besar menghantar pelajar-pelajar ke luar negara dalam bidang pendidikan sains dan matematik semata-mata untuk memenuhi kehendak dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dasar seperti ini merupakan satu contoh perbelanjaan yang tidak berhemah, iaitu mengeluarkan perbelanjaan pada perkara yang tidak perlu. Demikian juga dengan kewujudan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan organisasi di bawahnya, merupakan antara tempat berlakunya perbelanjaan tidak berhemah di IPTA-IPTA yang lebih banyak membantutkan perkembangan pelajar.
Sekiranya pendidikan percuma ini diperluaskan kepada rakyat asing, ia akan menjadikan Malaysia sebagai pusat tumpuan pendidikan yang akan menarik ahli akademik dan pelajar dari seluruh dunia. Kedatangan mereka untuk mendapatkan pendidikan percuma di sini akan membawa sejumlah besar wang asing ke Malaysia. Dalam Industri Pelancongan contohnya kerajaan boleh mensasarkan sehingga RM30 bilion, bagaimana pula pelajar yang akan datang ke sini bermastatutin tidak kurang tiga tahun berbanding pelancong hanya 3 minggu, sudah pasti mereka turut menyumbang sejumlah pendapatan kepada ekonomi negara. Paling tidak kedatangan mereka di sini boleh menukarkan dasar kerajaan yang mengutamakan perdagangan buruh kerana ia hanya menguntungkan sekelompok kecil rakyat.
Kemasukan buruh asing ke negara ini hanya menguntungkan agen-agen dan syarikat-syarikat kerana mereka boleh membayar gaji yang murah. Bagi rakyat teramai sebenarnya ia merugikan kerana akan menyebabkan lebih banyak pengangguran dan pengaliran wang negara keluar. Sebaliknya jika yang masuk itu adalah pelajar-pelajar asing yang kemudiannya boleh bekerja sambilan di negara ini, maka wang akan lebih banyak mereka belanjakan untuk tujuan sara hidup dalam tempoh pengajian mereka di sini. Manakala penyelidikan-penyelidikan mereka yang di buat di peringkat ijazah lanjutan sudah pasti menjadi khazanah yang tiada nilainya untuk keperluan negara dan dunia umumnya. Sekiranya Malaysia menawarkan pendidikan percuma seperti ini diyakini ramai pelajar-pelajar dari negara OIC terutamanya berminat untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.
Sebenarnya peranan kerajaan memberi pendidikan percuma kepada rakyat seumpama peranan Ibubapa memberikan pendidikan percuma kepada anak-anak. Sebagaimana ibubapa sanggup berkorban untuk memastikan pendidikan anak-anaknya sempurna, demikianlah juga kerajaan perlu berikhtiar apa sahaja untuk memastikan rakyatnya berilmu. Sebenarnya ada banyak lagi perancangan yang boleh dibuat ke arah melaksanakan pendidikan percuma, cuma 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Oleh sebab itu, manifesto Negara Kebajikan PAS untuk memberikan pendidikan percuma bukanlah satu ilusi, sebaliknya satu realiti yang telah terbukti di banyak negara.
2.01.2008
22 FeBRuaRi-TaRiKH MeNGuNiNGKaN KuaLa TeReNGGaNU
Seperti yang dinyatakan oleh Dr Syed Azman sendiri,perhimpunan ini akan dilangsungkan di Batu Buruk di kawasan persendirian.Yang mana penulis jangkakan di kawasan perhimpunan sama yang menyaksikan tindakan biadab Polis menembak warga awam.
Tarikh perhimpunan yang dijadualkan 23hb diawalkan kepada 22hb iaitu pada hari Jumaat memandangkan ini adalah hari cuti buat warga Terengganu. Antara punca venuenya terpaksa diubah adalah kerana kegagalan mendapatkan stadium di kawasan Lembah Klang apabila pengurusan stadium Bukit Jalil,Stadium Merdeka dilapor menolak permohonan BERSIH;sesuatu yang cukup bertentangan dengan janji Najib lebih sebulan yang lalu.Jika mungkin pengunjung terlupa,saya bawakan kembali ucapan Najib di TV3 pada akhir Disember 2007:
Inilah akhir permainan Najib.Kami akan bagi permit untuk perhimpunan di stadium,tapi stadiumnya tak nak bagi.Maka bukankah dipanggil belit?Sebelit ketuanya tatkala mengisytiharkan negara ini sebagai yang ke 6 tercekap di dunia.. Apa sekalipun kita tetap mendoakan moga perhimpuan kali ini akan berjalan lancar.Tiada provokasi polis yang menyusahkan peserta serta kemunculan gelombang kuning yang lebih besar daripada lautan manusia pada 10 November lalu. Bandaraya Kuala Lumpur sudah merasa,'bandaraya' Kuala Terengganu lokasi seterusnya! Ayuh kuningkan Kuala Terengganu 3 minggu dari sekarang! iBNuZaCK: Nak ajak Abang Idris Jusoh join.. Sumber asal: http://ibnuzack.blogspot.com/ |
Mahasiswa Terengganu UPSI di tangkap Khalwat
Kejadian berlaku disebuah hotel kelas rendah di bandar Tanjung Malim. Sepasang Pelajar Universiti pendidikan Sultan Idris telah ditangkap khalwat .Apa yang menarik Kedua-dua pasangan ini adalah penganut fahaman islam hadhari.
Inilah hasil dari " Tiada pencegahan dari Allah"(Nakalan minallah) Pasangan tersebut di tangkap pada 31 jan 2008.Kedua-dua mereka berasal dari Terennganu Bestari.
Ketika disoal siasat oleh anggota pencegah maksiat dari pejabat agama Tanjung Malim, pelajar perempuan dengan marah bercampur sedih memaklunkan bahawa masa depan dia telah hancur.Beliau seringkali dirogol oleh adiknya sendiri apabila pulang ke kampungnya di daerah Marang.
Walaupun sebelum ini beliau mendakwa telah memaklumkan kerja terkutuk adik beliau kepada ibunya, namum ibu beliau tidak pernah ambil peduli dalam hal ini.
Sebaik sahaja keterangan mereka berdua diambil oleh polis di IPD Tanjung Malim, pelajar perempuan tersebut telah membuat satu lapuran polis terhadap dakwaan beliau yang selalu di rogol oleh adiknya.
Ini merupakan kes yang perlu di ambil iktibar oleh kita semua.Mereka berdua ini adalah bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kita. Mereka berdua ini warga Terengganu Bestari yang sangat kuat Islam hadharinya, dinegeri mereka masa depan akan terjamin, negeri mereka berdua seringkali memahat sejarah, mencipta Tamaddun,Malahan di negeri merekalah terteggaknya taman tamadun Islam. Negeri mereka berdua juga sangat maju kerana terlalu banyak Pembangunan yang tidak Tergambar Oleh rakyat dan negari merekalah yang melahirkan generasi Ulul AlBab( pintu)
UPSI juga merupakan salah satu IPTA yang sangat kuat menyekat gerakan Islam pelajarnya.Pentadbiran UPSI sangat kuat dengan pengangan Islam Hadharinya.