3.08.2008

Kelab PAS Kota Bharu bergema dengan laungan 'takbir'

Di hadapan Kelab PAS Kota Bharu (Badan Perhubungan PAS Kelantan), pejuang-pejuang agama Allah masih meneruskan himpunan keramatnya kerana kemenangan perjuangan rakyat yang cukup manis tatkala PAS berhadapan dengan segala penipuan Umno/BN di sini.

Kegembiraan rakyat tak terhingga apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik mat menuju masuk ke Pejabat Perhubungan PAS Kelantan dengan ditemani pimpinan-pimpinan PAS yang cukup ceria.

Tergambar di wajah bersih Tuan Guru kesyukuran yang teramat, dan kalangan penyokong tak henti-henti bertakbir hingga memecah sunyi malam yang sebelum ini di Kota Bharu hanya digenangi limpahan airmata.

Sehingga jam 2.00 pagi tadi, hampir 10,000 penyokong PAS masih berkumpul di hadapan bangunan tersebut hingga

Ada yang menyatakan bahawa kemenangan besar ini adalah kerana Allah mahu memberi signal kepada kerajaan Umno/BN yang cukup angkuh tidak mahu kepada Islam dan tidak tunduk kepada hidayah Allah.

Tergambar di wajah penyokong PAS mereka cukup puas hati dengan kemenangan ini setelah bertungkus-lumus beberapa bulan lalu bekerja menangkis kempen jahat Umno/BN di kca-kaca televisyen dan akhbar yang saban hari membuatkan rakyat meluat dengan media arus perdana.

Esok, penyokong PAS boleh berehat panjang, menghirup semula udara segar dan mengecapi kalungan tahniah dari pelbagai pihak yang cukup berbangga dengan hadiah kemenangan ini.

4 comments:

mangchikla said...

Bang, xde video clip/gambar ke? NAk juge nompang gembira,tahniah to Kelatte n Takbir!!!

xive said...

Skrg tgh tunggu rakan2 seperjuangan upload.. Lupa bawak cam lah pulak semalam. :D

mangchikla said...

muchas gracias. Wassalamu'alaikum. Takbir!!

xive said...

Allahuakhbar x3

ADs