Sungguh terkejut dan memeranjatkan bila Cucu terbaca perihal kenyataan laporan di semua media massa arus perdana baru-baru ini berkenaan "Kerajaan Belanja Hampir RM600 Sebulan Bagi Setiap Pelatih Serenti". Untuk lebih tepat lagi kerajaan dikatakan telah membelanjakan RM19.77 sehari atau RM593.10 sebulan bagi setiap pelatih pusat serenti di seluruh negara. Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow (Ahli Parlimen Kuantan) kos yang ditanggung oleh kerajaan tersebut adalah bagi 6,447 penghuni pusat serenti di seluruh negara, setakat 30 Jun lalu. Laporan ini dikeluarkan dalam Sidang Dewan Rakyat kelmarin ketika beliau menjawab soalan yang dikemukakan.
Cucu tidak mahu mempertikaikan angka tersebut sebenarnya. Sesungguhnya maklumat yang didedahkan ini adalah sesuatu yang paling berharga untuk dinilai oleh segenap lapisan masyarakat. Umum selama ini hanya mengetahui kenyataan yang dibuat perihal perbelanjaan keseluruhan pusat serenti terbabit setiap tahun. Tatkala belanjawan dibuat pasti budget untuk agensi berkaitan mencecah ratusan juta ringgit.
Namun begitu, apa yang menyedihkan ialah biarpun belanja jutaan ringgit telah didedahkan tetapi natijahnya tetap sama. Penagihan dadah terus meningkat dan yang paling mendukacitakan ialah majoritiya adalah orang Melayu sendiri. Inilah yang perlu kita fahami sebenarnya. Apakah ada agenda tersembunyi yang mahukan anak-anak Melayu ini terus dirosakkan dan dihancurkan dari mukabumi ini?. Kita biasa mendengar bahawa banyak masalah dan gejala negatif seperti dadah, samseng, maksiat, pelacuran dan sebagainya di negara Islam Malaysia ini sebenarnya didalangi oleh kaum lain terutamanya Cina. Misalnya dalam hal dadah, mereka ini yang akan mengaut untung jutaan ringgit tetepi sebaliknya yang menjadi "Tokan" atau pengedar bertauliah mereka adalah anak-anak muda Melayu yang terkejar-kejar erti sebuah kemewahan. Anak-anak muda inilah yang membuat "Marketing" untuk memasarkan dadah-dadah terbabit. Pasaran mereka begitu meluas di tanah-tanah rancangan Felda dan juga penempatan Melayu. Ini harus dikaji dan diambil berat oleh pihak kerajaan. Siapakah dalang terbabit?. Apabila ditangkap sebagai pengedar dan mati akibat dadah sudah pastilah ramai anak-anak muda Melayu yang terlibat. Walhal hakikatnya mereka sebenarnya menjadi mangsa keadaan.
Berbalik kepada isu perbelanjaan pelatih pusat serenti yang mencecah hingga RM600 sebulan. Bukankah ianya satu angka yang amat memeranjatkan kita?. Soalnya kenapa kerajaan sanggup menghabis belanja yang besar untuk menyediakan prasarana dan seterusnya memberi habuan yang begitu lumayan kepada para penagih dadah ini? Apakah aset mereka untuk negara sebenarnya? Mungkin ada yang selepas kelar dari pusat serenti dan menjadi orang yang berguna. Namun sedarkah kita majoriti pelatih pusat serenti ini pasti akan kembali ke lembah hina itu apabila bertemu kembali dengan rakan-rakan mereka yang berada diluar sana. Bukti ini cukup jelas dimana-mana, bahkan yang terpampang di depan mata kita sendiri hari ini iaitu penyanyi terkenal Jamal Abdillah dan juga Salem Iklim yang sudah beberapa kali masuk ke pusat serenti namun akhirnya memperhambakan diri semula dengan najis dadah.
Ini bererti, apabila mereka ini telah terjerat dengan najis dadah. Minda serta jiwa mereka sudah tidak dapat lari lagi daripada hakikat itu. Bahkan kata Jamal Abdillah, apabila melihat Microfon ketika mahu menyanyi pun beliau terbayangkan dadah !!. Bukankah ini bermakna dadah telah sebati dalam diri mereka, dan sudah menjadi darah daging mereka. Justeru itulah kita jarang dapat mendengar mereka yang berjaya keluar dari kancah ini akan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Tetapi, harus diingat juga memang ada kita ketahui terdapa individu yang berjaya melawan musuh nombor satu negara itu.
Pun begitu mereka akan terjebak secara lebih profesional dan tidak diketahui umum. Caranya mereka akan mengambil "dadah" yang dibekalkan di klinik-klinik swasta ataupun kerajaan. Dadah gantian (Methadone) yang digunakan biarpun sepatutnya perlu menepati syarat dan kriteria Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) , namun majoriti klinik-klinik swasta di negara ini telah membekalkannya kepada hampir semua penagih dadah tanpa ada kaunseling dan dikawal selia oleh mana-mana doktor. Ini kerana pasaran dadah gantian itu terlalu besar. Bahkan klinik terbabit dapat mengaut untung yang lumayan daripada penjualan dadah gantian itu, bahkan mereka juga sanggup membuka klinik pada hari minggu untuk menjual dadah gantian tersebut bagi mengaut keuntungan yang lebih. Inilah hakikatnya yang berlaku sebenarnya. Lain yang kita harapkan, lain pula yang berlaku.
Isu perbelanjaan pelatih serenti yang mencecah hingga RM600 sesungguhnya satu berita yang amat mendkacitakan sebenarnya. Apa tidaknya, kerajaan sanggup menghabiskan jutaan ringgit setahun untuk menanggung manusia yang tidak memberi aset kepada negara. Bahkan penagih dadah juga boleh dikategorikan sebagai sampah masyarakat. Dengan perbelanjaan yang besar inilah, menyebabkan sebahagian besar daripada penagih ini lebih rela masuk pusat serenti daripada terbiar dijalanan. Bagi mereka di pusat serenti segalanya ditanggung beres !. Justeru itu kita banyak mendengar berita, bahawa ada sesetengah pelatih yang telah tiga atau empa kali masuk pusat serenti namun tetap juga tidak berubah.
Apakah ini yang kita mahu sebenarnya. Generasi masa depan kita akan runtuh begitu sahaja apabila ada gerakan secara halus yang merencanakan strategi untuk memperdagangkan perkara ini. Bayangkan apabila pelatih semakin ramai, maka sudah pasti cadangan untuk mewujudkan pusat baru akan terlaksana. Maka yang mendapat projek jutaan ringgit sudah pastilah orang dalam dan kroni-kroni yang sekutu dengannya. Apa yang penting ialah bisnes tersebut. Sama juga dengan agensi-agensi lain yang ditubuhkan untuk memerangi gejala dadah ini. Saban tahun mereka akan menerima geran peruntukan dari kerajaan bernilai jutaan ringgit. Tetapi apa yang dibuat? Hanya menyediakan seminar motivasi, kolokium, kempen, dan karnival seperti "Enam Jahanam" dan macam-macam lagi. Pendekatan semua pendekatan yang dilakukan ini langsung tidak memberi impak positif terhadap membenteras dadah di negara ini. Namun yang untung ialah individu yang mendapat projek tersebut. Jutaan ringgit dipunggah setiap tahun. Namun hasilnya tetap sama, penagihan dadah terus meningkat di seluruh negara.
Cadangan daripada sesetengah pihak supaya penagih dadah dihantar dan ditempatkan di sebuah kawasan yang terpisah seperti di pulau misalnya terus disanggah oleh pihak berkenaan. Bagi mereka itu tidak relevan, walhal ianya tidak relevan untuk mengisi kantung mereka pada masa akan datang. Maka, dengan senario ini kita langsung tidak hairan bila adik seorang Menteri UMNO yang menjuarai isu dadah ini dulu ditangkap kerana menjadi pengedar dadah. Bukankah ianya sesuatu yang melucukan. Abangnya berdegar-degar ingin menunjukkan kepada dunia bahawa dialah pemusnah dadah tetapi adiknya pula menjadi pengedar dadah. Apalah nak jadi dengan negara kita Malaysia yang tercinta ini.
Setelah kita menilai dan menghayati perkara ini, maka sekarang cuba kita melihat pula perkara ini secara rasional. Iaitu perbezaan antara dua darjat yang berlaku kepada penagih dadah dengan graduan IPT di negara kita. Bayangkan jika seorang pelatih serenti menerima RM600 sebulan (RM593) untuk kos perbelanjaan mereka, maka bagi tempoh 6 bulan mencecah RM3,600 dan setahun RM7,200. Bayangkan jika mereka ini berada di pusat tersebut selama 3 tahun. Maka mereka akan menghabiskan wang kerajaan sebanyak RM21,348 (RM593 X 36 bulan) !! Sedarkah kita perkara ini. Insan yang tidak berguna dan merosakkan masyarakat dan masa depan negara ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh kerajaan, tetapi sebaliknya kita lihat pula apa yang berlaku kepada graduan Institut Pengajian Tinggi negara.
Jauh berbeza bagaikan langit dengan bumi, sekarang cuba kita lihat laporan media dibawah :-
"KUALA LUMPUR, 15 Feb 2007 (Bernama) -- Pelajar peringkat ijazah sarjana muda perubatan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) akan menerima kadar pinjaman maksimum yang baru berjumlah RM30,000 setahun berbanding RM20,000 sebelum ini.Pelajar peringkat diploma di IPTS pula akan menerima kadar pinjaman maksimum berjumlah RM8,000 berbanding RM5,000. Kenaikan kadar maksimum itu yang diumumkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan di sini hari ini adalah antara perubahan yang dibuat dalam skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Perubahan-perubahan ini akan dilaksanakan untuk pelajar baru yang memulakan pengajian pada atau selepas 1 Mac 2007," katanya. Mustapa berkata PTPTN akan memperluaskan skop pinjaman sedia ada kepada pengajian peringkat sarjana, doktor falsafah dan beberapa kursus peringkat profesional. PTPTN juga akan mewajibkan ibu bapa atau penjaga menjadi penjamin kepada pinjaman anak-anak mereka sekaligus menjadikan mereka bertanggungjawab sekiranya peminjam gagal menjelaskan bayaran balik."Langkah ini bertujuan memastikan ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka sama ada dari aspek pengajian ataupun bayaran balik pinjaman," katanya.
Berkuatkuasa 1 Jan 2008, PTPTN turut mensyaratkan ibu bapa atau penjaga menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional sebelum anak-anak mereka layak memohon pinjaman PTPTN. Bagi keluarga berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan, mereka disyarat menyimpan sebanyak RM3,000, manakala bagi keluarga yang berpendapatan bulanan di bawah RM2,000 dikehendaki menyimpan RM500. Langkah ini bertujuan melibatkan penyertaan ibu bapa atau penjaga dalam pembiayaan pengajian anak-anak mereka, katanya.
Mustapa berkata PTPTN juga akan membuat kajian kadar yuran yang terlalu tinggi berbanding pendapatan yang bakal diterima oleh peminjam bagi menyesuaikannya dengan keperluan bayaran balik pinjaman. "Ini bagi memastikan agar pelajar tidak akan dibebankan dengan hutang yang banyak," katanya.Mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap peminjam tegar, beliau berkata mereka yang telah disenaraihitam sehingga ke peringkat tindakan mahkamah, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada peminjam atau penjamin dengan kenaan kadar kos pentadbiran yang lebih tinggi."
Beza Perbelanjaan Kerajaan
Dalam keadaaan negara yang sudah mencecah 50 tahun merdeka ini . Apakah taraf seorang mahasiswa dan graduan IPT lebih hina daripada taraf seorang penagih dadah yang merupakan sampah masyarakat?. Inilah yang perlu kita fikirkan sebenarnya. Masa depan anak-anak kita yang melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi lebih hina daripada nasib pelatih pusat-pusat serenti. Bayangkan untuk mahasiswa IPT yang melanjutkan pelajaran ke IPT hanya diberikan pinjaman sekitar RM8,000. Ini bermakna jika program diploma biasanya dijalankan selama 3 tahun atau 36 bulan. Belanja sebulan yang berupa pinjaman mereka ialah sekitar RM222 sebulan !!!. Ini ermakna pelatih pusat serenti mendapat lebihan perbelanjaan sebanyak RM371 sebulan (RM593-RM222) !!
Jika kita bandingkan pula dengan mahasiswa IPT yang mengambil Ijazah dimana PTPTN memperuntukkan pinjaman sebanyak RM30,000. Maka kita andaikan mereka mengambil pengajian sekitar 4 tahun atau 48 bulan. Ini bermakna perbelanjaan sebulan ialah RM625 sahaja. Bagi pelatih serenti yang menerima RM593 sebulan, misalkata mereka berada di pusat tersebut selama 4 tahun juga macam mahasiswa ijazah. Maka apa yang berlaku ialah RM593 X 48 bulan = RM28,464. Ini bermakna perbelanjaan kerajaan untuk seorang pelatih berjumlah RM28,464. Maka beza perbelanjaan ialah RM1536 antara graduan IPT dengan pelatih serenti.
Bayaran Balik Pinjaman
Melihat kepada angka-angka tadi jelaslah kepada kita bahawa betapa bertuahnya menjadi pelatih pusat serenti di negara berdaulat ini. Layaran dan kelebihan yang cukup banyak dinikmati jauh sekali dengan apa yang berlaku kepada insan yang bertungkus lumus pergi melanjutkan pelajaran bagi menuntut ilmu untuk membangunkan negara dan generasi akan datang. Sekarang kita lihat pula apa yang berlaku selepas tamat pengajian di IPT dan juga Pusat Serenti ini?. Maka disini barulah kita akan meninsafi dan mengkaji diri kita sebenarnya. Apakah slogan "Tradisi Membela Rakyat" benar-benar diterapkan kepada rakyat Malaysia hari ini.
Apabila sudah tamat belajar atau pun berada di pusat-pusat terbabit, graduan IPT terpaksa membayar balik semua pinjaman PTPTN terbabit. Bahkan mereka akan dicari hingga ke lubang cacing dan dibawa ke mahkamah untuk didakwa. Lebih menyedihkan ramai diantara graduan tersebut belum lagi mendapat perkerjaan yang sesuai dan masih belum bersedia untuk membuat bayaran balik pinjaman. Namun, nama dan alamat mereka akan disiarkan didada-dada akhbar yang mana akhirnya menyebabkan mereka malu dan terasa terhina sekali. Bahkan lebih hina daripada sampah masyarakat.
Siapa Yang Lebih Untung?
Sebaliknya apa yang berlaku kepada para pelatih pusat serenti ini? Apakah mereka ini akan diperlakukan sedemikian rupa. Bukankah mereka tidak perlu membayar walau satu sen pun duit yan telah kerajaan bazirkan untuk menanggung mereka selama ini? Sudahlah mereka diberi layanan yang selesa kini mereka lebih selesa lagi dan tak perlu untuk bersusah payah membayar balik duit tersebut.
Adakah ini satu Keadilan ? Bukankah dua-dua wang yang dibelanjakan adalah peruntukkan kerajaan. Maka apa yang membezakan pelatih serenti dengan graduan IPT?. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelatih serenti lebih untung daripada graduan IPT. Sama-samalah kita renungkan.
Justeru itu, selaras dengan negara yang bakal meraikan kemerdekaan ke-50 tidak lama lagi, Cucu menyeru kepada pihak kerajaan agar memansuhkan pinjaman PTPTN itu dan dijadikan sebagai biasiswa seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia 10 atau 20 tahun yang lalu. Apakah dengan kemajuan yang dicapai, rakyat yang sepatutnya dibela nasib terpaksa menanggung segalanya. Nantikan laporan Cucu dalam artikel seterusnya.
No comments:
Post a Comment