9.29.2009

Membongkar khasiat solat secara saintifik

Ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

KEWAJIPAN bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.

Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol.

Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.

"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.

Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.

Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.

Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.

Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.

"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.

Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.

Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.

Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.

Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.

"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

Sujud

"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.

Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.

Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.

Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.

"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.

"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.

Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.

Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.

Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.

Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.

Pergerakan relatif

Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.

"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.

"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.

Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.

"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.

Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.

Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.

"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya.

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my

9.11.2009

Matlamat Perkahwinan dalam Islam

Surah Al-Furqan: 74

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
.. "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa."

Ini adalah diantara matlamat perkahwinan dalam Islam.

1. Mendapat kemulian dari Islam dengan perkahwinan.

Diantara perkara yang menunujukkan Islam memuliakan manusia dengan perkahwinan ialah menjadikannya sebagai satu ibadah. Nabi bersabda:

(في بضع أحدكم أجر)

Maksudnya: Hubungan kelamin yang dilakukan oleh sesorang kamu mendapat pahala. Para sahabat bertanya: "Adakah mendatangkan syahwat juga mendapat pahala? Lalu Nabi menjawab:

(نعم، أرأيتها لو وضعها في حرام أكان عليه وزر؟ كذلك لو وضعها في الحلال كان له أجر)

Maksudnya: Ya, apa kata kamu kalau seorang tu melepaskan nafsunya pada yang haram( tentunya mendapat dosa)? Demikian juga sebaliknya apabila seseorang tu melepaskan pada yang halal, dia akan mendapat pahala.(HR Muslim)

Begitu juga Allah membantu kepada mereka yang ingin berkahwin. Nabi bersabda:

(ثلاثة حق على الله عونهم: -منها-الناكح الذي يريد العفاف)

Maksudnya: Tiga Golongan yang Allah pasti tolong mereka: -salah satunya- org yang bernikah kerana nak menjaga dari maksiat. (HR Tirmizi)

2. Mencari ketenangan dan kebahagian dalam perkahwinan.

Firman Allah s.w.t:

((ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة))
Maksudnya: Diantara tanda-tanda kekuasaannya menjadi pasanganmu dari kalanganmu sendiri supaya kamu cenderung hati padanya dan Allah menjadikan kasih sayang dan cinta dikalangan pasangan suami isteri... (Al-Rum: 21)

Nabi bersabda:

((أربع من السعادة: -منها-المرأة الصالحة))

Maksudnya: Empat dari kebahagian: -diantara- Isteri yg solehah.(HR Ibnu Hibban)

3. Perkahwinan menyempurnakan Iman.

Nabi bersabda:

((من تزوج فقد استكمل نصف الإيمان، فليتق الله في النصف الباقي))

Maksudnya: Sesiapa yang berkahwin maka telah sempurna setengah imannya, maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah iman lagi. (HR Ibnu Majah)

4. Meletakkan syahwat ditempat yg halal.

Nabi bersabda:

((إذا رأى أحدكم امرأة حسنة وأعجبته، فليأت أهله))

Maksudnya: Apabila seseorng kamu melihat wanita yang cantik dan tertarik dengan wanita tersebut maka hendaklah dia setubuhi isterinya. (HR MUslim)

Ibnu Masud berkata berkata ketika beliau sakit taun: Kahwinilah aku.. Sesungguhnya aku benci berjumpa Allah dalam keadaan aku bujang.

5. Membina generasi yang gemilang.

(تناكحوا تكثروا، فإني أباهي بكم الأمم يوم القيامة)

Maksudnya: Hendaklah kamu berkahwin, dengan itu dapat memperbanyakkan zuriat, sesungguhnya aku berbangga dengan umat yang banyak pada hari kiamat..

Rujukan: Saadul Marah al-Muslimah 1 dr Abid



Jangan kita kata gatal pada orang yang nak kahwin, tapi kita cela pada orang yang nak buat maksiat..

9.02.2009

Fadhilat Tarawih

10 malam awal ramadhan rahmat
10 malam pertengahan ramadhan keampunan
10 malam akhir ramadhan keselamatan..

Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T.

Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua-dua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 : Berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah S.W.T. mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca Kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah S.W.T. kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6 : Allah S.W.T kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan tarawih pada malam ini.

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 : Allah S.W.T. kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah S.W.T. mengurniakan kepadanya kebaika di dunia dan akhirat.

Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baruDilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahayabadatnya ). i

Malam 13 : Datang Ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia sembahyang tarawih, serta Allah S.W.T. tiada menyesatkannya pada hari kiamat.

Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah S.W.T. mengampunkan.

Malam 16 : Allah S.W.T. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17 : Allah S.W.T. kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau ( yang masih hidup atau mati ).

Malam 19 : Allah S.W.T. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang matisyahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 : Allah S.W.T. binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan ( tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mashsyar).

Malam 23 : Allah S.W.T. binakan kepadanya sebuah Bandar di dalam Syurgadaripada nur.

Malam 24 : Allah S.W.T. buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, ( elok sekali berdoa ketika sujud ).

Malam 25 : Allah S.W.T. angkatkan daripadanya seksa kubur.

Malam 26 : Allah S.W.T. kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Alah S.W.T. kurniakan kepada orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirtulmustaqim seperti kilat manyambar.

Malam 28 : Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 : Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 : Allah S.W.T. beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan
yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”

ADs