Surah Al-Furqan: 74
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
.. "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa."
.. "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa."
Ini adalah diantara matlamat perkahwinan dalam Islam.
1. Mendapat kemulian dari Islam dengan perkahwinan.
Diantara perkara yang menunujukkan Islam memuliakan manusia dengan perkahwinan ialah menjadikannya sebagai satu ibadah. Nabi bersabda:
(في بضع أحدكم أجر)
Maksudnya: Hubungan kelamin yang dilakukan oleh sesorang kamu mendapat pahala. Para sahabat bertanya: "Adakah mendatangkan syahwat juga mendapat pahala? Lalu Nabi menjawab:
(نعم، أرأيتها لو وضعها في حرام أكان عليه وزر؟ كذلك لو وضعها في الحلال كان له أجر)
Maksudnya: Ya, apa kata kamu kalau seorang tu melepaskan nafsunya pada yang haram( tentunya mendapat dosa)? Demikian juga sebaliknya apabila seseorang tu melepaskan pada yang halal, dia akan mendapat pahala.(HR Muslim)
Begitu juga Allah membantu kepada mereka yang ingin berkahwin. Nabi bersabda:
(ثلاثة حق على الله عونهم: -منها-الناكح الذي يريد العفاف)
Maksudnya: Tiga Golongan yang Allah pasti tolong mereka: -salah satunya- org yang bernikah kerana nak menjaga dari maksiat. (HR Tirmizi)
2. Mencari ketenangan dan kebahagian dalam perkahwinan.
Firman Allah s.w.t:
((ومن ءايته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة))
Maksudnya: Diantara tanda-tanda kekuasaannya menjadi pasanganmu dari kalanganmu sendiri supaya kamu cenderung hati padanya dan Allah menjadikan kasih sayang dan cinta dikalangan pasangan suami isteri... (Al-Rum: 21)
Nabi bersabda:
((أربع من السعادة: -منها-المرأة الصالحة))
Maksudnya: Empat dari kebahagian: -diantara- Isteri yg solehah.(HR Ibnu Hibban)
3. Perkahwinan menyempurnakan Iman.
Nabi bersabda:
((من تزوج فقد استكمل نصف الإيمان، فليتق الله في النصف الباقي))
Maksudnya: Sesiapa yang berkahwin maka telah sempurna setengah imannya, maka bertakwalah untuk menyempurnakan setengah iman lagi. (HR Ibnu Majah)
4. Meletakkan syahwat ditempat yg halal.
Nabi bersabda:
((إذا رأى أحدكم امرأة حسنة وأعجبته، فليأت أهله))
Maksudnya: Apabila seseorng kamu melihat wanita yang cantik dan tertarik dengan wanita tersebut maka hendaklah dia setubuhi isterinya. (HR MUslim)
Ibnu Masud berkata berkata ketika beliau sakit taun: Kahwinilah aku.. Sesungguhnya aku benci berjumpa Allah dalam keadaan aku bujang.
5. Membina generasi yang gemilang.
(تناكحوا تكثروا، فإني أباهي بكم الأمم يوم القيامة)
Maksudnya: Hendaklah kamu berkahwin, dengan itu dapat memperbanyakkan zuriat, sesungguhnya aku berbangga dengan umat yang banyak pada hari kiamat..
Rujukan: Saadul Marah al-Muslimah 1 dr Abid
Jangan kita kata gatal pada orang yang nak kahwin, tapi kita cela pada orang yang nak buat maksiat..
No comments:
Post a Comment