2.06.2009

Kezaliman Penguasa Jentera UMNO



Kekejaman Jentera Umno

The leader's voice..

Barack Obama call MB Nizar.. :D

Budaya Melayu menghormati Raja seperti dalam Sejarah Melayu adalah jauh menyimpang dari budaya Islam. Titah Raja dijunjung , titah sendiri dikelek satu pepatah yang jelas berlawanan dengan Islam.

Apakah asal usul Sistem beraja dan adalah mereka jauh lebih mulia daripada rakyat, berperkerti tinggi, menjaga kebajikan rakyat, serta perlu ditaati seperti zaman Tun Ali (Seluruh keluarga Tun Kudu dibunuh kerana fitnah derhaka) serta memiliki “TULAH” yang mampu menjadi golongan derhaka terkena sumpahan ataupun dilaknat.Apakah juga raja jauh lebih mulia berbanding peraturan serta amalan Islam. Wajarkah mereka disembah membuta tuli bahkan lebih ditaati serta diikuti dari ajaran Nabi Muhammad SAW.

Sistem beraja adalah warisan dari ajaran hindu yang mana terdapatnya kasta serta kelompok tertentu iaitu Raja, Brahman, Kesatria serta Paria. Diketika juga rakyat akan menyembah raja hatta seluruh nyawa adalah taruhan untuk memperhambakan diri kepada raja. Raja berkuasa mutlak bahkan mengadap raja sahaja perlu menyembah hina, membongkok, mengesut, berguling hatta ada yang meletakkan nyawa dihadapan raja adalah taruhan sekiranya raja murka. Namun demikian, kedatangan Islam memberi nafas baru dalam hubungan raja dan rakyat. Ketaatan kepada raja wajar diterjemahkan dalam peraturan Islam bahkan adab untuk tunduk kepada raja tidak boleh melebihi kedudukan rukuk dalam sembahyang. Adakah Islam sahaja yang mengajar demikian sedangkan ajaran sebenar dari ALLAH SWT bermula sejak Adam lagi. Justeru ajaran Islam telah wujud dengan mengesakan ALLAH bukannya menyembah manusia seperti yang disesatkan oleh Syaitan Laknatullah...

Adakah kini rakyat bawahan selain dari golongan elit UMNO tergolong dalam golongan paria dalam konteks hubungan Raja dan rakyat??? Raja tidak akan wujud atau hidup tanpa rakyat tetapi rakyat tetap ada walaupun tiada raja. Kenapakah British dalam tanah jajahannya mengekalkan sistem beraja kerana mereka juga taat dan hormatkan raja melayu??? Jawapannya ialah British mahukan sistem beraja disebabkan senang untuk ditunggangi hanya dengan menyogok raja maka seluruh hak dan milik raja memjadi hak British. Bahkan sejarah Perak yang menjulang Datuk Maharaja Lela membunuh Birch adalah perjuangan yang berlaku kerana rajanya tidak memiliki keberanian atau bersikap dua muka.

Apa yang berlaku di Perak bakal menjadi lambang kejatuhan sistem beraja yang kini dijulang melebihi ajaran Islam itu sendiri. Elaun kerabat yang bermula RM 500.00 sebulan hatta mencecah RM 70,000.00 sebulan ( Perbelanjaan Tahunan mencecah jutaan) adalah sama sekali bertentangan dengan Islam kerana keturunan Nabi Muhammad SAW perlu berkerja untuk mendapat wang sejak zaman Rasulllah hingga sekarang. Apakah darah kerabat adalah mulia mengakibatkan mereka tidak perlu bekerja hanya kerana kebetulan keturunan yang mulia... Apakah beza mereka dengan manusia lain yang cacat terpaksa merayu dan merangkak untuk untuk mendapatkan sesuap nasi?

Justeru , ketaatan kepada raja akan menjadi syirik seandainya bercanggah atau bertentangan dengan ajaran Islam......BACA DULU SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN, raja adalah hanya ibarat amalan bacaan doa dalam sesuatu upacara majlis .....

No comments:

ADs