15 Mei 1948 genap 60 tahun tanah suci Palestin dijajah secara haram dan dirampas secara bacul oleh puak pelampau rejim Yahudi Zionis. Lebih biadap lagi perayaan 60 tahun penjajahan ke atas tanah milik ummat Islam Palestin disambut dengan perasaan bangga dan gembira seolah kemenangan itu adalah milik mutlak mereka sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya pendatang tanpa izin di negara Palestin. Presiden Bush orang yang dilihat paling gembira di atas penjajahan ini malah menyatakan kebanggaannya bekerjasama dengan suatu kuasa yang kuat - Zionis-.
Bagi ummat Islam khususnya penduduk Palestin ianya merupakan suatu malapetaka besar malah cukup memberi kesan yang mendalam di dalam diri mereka. Ummat Islam seluruh dunia juga merasakan kepedihan dan kesedihan ini. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun sejarah tentang rampasan negara yang berlaku di Palestin semakin dipinggirkan oleh generasi mutakhir ini. Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Hujurat ayat ke-10;

إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون
Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.[2]
Disebut di dalam satu hadis yang berbunyi;
وعن أبي موسى رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا. وشبك بين أصابعه
Maksudnya: Daripada Abi Musa RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti satu binaan yang menguatkan setengah dengan setengah yang lain. Dan baginda menyatukan jari jemarinya.[3]
Golongan muda lebih seronok menghadiri program Jom Heboh! daripada menghadiri ceramah agama dan solat jemaah di masjid. Akademi Fantasia lebih penting berbanding daripada penderitaan saudara mereka di sana. Cerita-cerita tentang dunia hiburan menjadi topik utama perbualan berbanding cerita-cerita berkaitan dengan ummat Islam diseluruh dunia khususnya Palestin.
Bagi mereka Palestin seakan-akan tidak pernah wujud kerana perubahan peta dunia yang menyebut tanah Palestin sebagai negara haram Israel. Israel lebih dikenali berbanding Palestin sedangkan bumi suci itu pernah mencatatkan sejarah perjalanan manusia agung daripada Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj sepertimana yang disebut oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya;

سبحان الذى أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصا الذى باركنا حوله لنريه من ءاياتنا إنه هو السميع البصير
Maksudnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.[4]
Pencerobohan yang dilakukan oleh pendatang Yahudi ke negara Palestin adalah hasil bantuan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan British sehinggalah tertubuhnya negara haram Israel seperti yang ada pada hari ini.[5] Malangnya, sejarah ini semakin dipinggirkan kerana terlalu alpa dengan kesibukan dunia dan pencarian harta yang sementara.
Dr. Yusof Al-Qaradawi: Malapetaka yang menimpa Palestin adalah malapetaka ummat Islam seluruhnya!!![6]
Syeikh Allamah Dr. Yusof Al-Qaradawi menyatakan di dalam khutbahnya di Masjid Umar Bin Al-Khattab bertempat di Doha bahawa yahudi tidak mempunyai kepentingan dari sudut agama dan sejarah di bumi Palestin dan Malapetaka yang menimpa Palestin adalah malapetaka ummat Islam seluruhnya.
Beliau menambah lagi, apakah malapetaka yang lebih besar selain daripada malapetaka kehilangan negara dan tempat tinggal? Al-Quran juga menyebutkan tentang pengusiran keluar daripada negara sendiri dengan perintah membunuh diri di dalam firman-Nya;

ولو أنا كتبنا أن اقتلوا أنفسكم أو اخرجوا من دياركم ما فعلوه إلا قليل منهم
Maksudnya: Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): "Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu", nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka.[7]
Dan Al-Quran menjadikan ianya sebab manusia sanggup berperang untuk mengambil kembali negaranya seperti yang di sebutkan di dalam Al-Quran;
وما لنا ألا نقاتل فى سبيل الله وقد أخرجنا من ديارنا
Maksudnya: Mengapa pula Kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang Kami telah diusir dari kampung halaman kami.[8]
Malah beliau menyatakan di dalam khutbahnya kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran. Sebenarnya kemenangan dan kebongkakan yang mereka (Yahudi-Zionis) kecapi ini adalah disebabkan oleh kelemahan umat Islam sendiri. Memetik kenyataan yang di buat oleh Presiden Mesir, Husni Mubarak apabila ditanyakan tentang keadaan Palestin, dengan tanpa rasa malu beliau menjawab, "Saya Presiden Mesir, bukannya Presiden Palestin."
Dalam perkara ini, Rasulullah pernah menyebutkan di dalam sebuah hadis yang berbunyi;
وعن النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مثل المؤمنين فى توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد، إذا شتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى
Maksudnya: Daripada Nukman Bin Basyir R. Anhuma telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Perumpamaan orang mukmin di dalam kasih sayang, belas kasihan dan pertolongan mereka seumpama sebuah jasad, apabila salah satu anggota merasa sakit maka seluruhnya akan merasakan kesakitannya.[9]
Kelemahan Ummat Islam.
Dr. Yusof Al-Qaradawi menyebutkan kemenangan dapat di raih oleh ummat Islam dengan satu faktor sahaja iaitu kesatuan.[10] Allah berfirman;
Dr. Yusof Al-Qaradawi menyebutkan kemenangan dapat di raih oleh ummat Islam dengan satu faktor sahaja iaitu kesatuan.[10] Allah berfirman;
إن الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.[11]
Membina Generasi Pejuang.
Membina generasi pejuang bukan semudah yang dijangkakan. Bukan seperti Akademi Fantasia yang boleh diujibakatnya oleh juri tetapi membina generasi pejuang bermula daripada saat kelahirannya dengan menanamkan sifat cintakan agama dan meyakini bahawa hanya Islam sebagai cara hidup yang sebenar. Silapnya ummat Islam di zaman mutakhir ini hanya Islam pada nama sahaja tidak pada akidah dan rohnya.
Al-Imam Hassan Al-Banna menyebutkan,
"Islam merupakan suatu sistem yang meliputi seluruh aspek kehidupan, Islam itu adalah negara, kerajaan dan ummat. Islam adalah akhlak, kekuatan, rahmat dan keadilan. Islam adalah kebudayaan dan undang-undang."[12]
Apakah wujud sistem yang lebih baik selain daripada sistem Islam?

أفحكم الجاهلية يبغون ومن أحسن من الله حكما لقوم يوقنون
Maksudnya: Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.[13]
ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الكافرون
Maksudnya: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.[14]
ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الظالمون
Maksudnya: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim.[15]
ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الفاسقون
Maksudnya: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik.[16]
Oleh itu fikir-fikirkan bagaimana untuk kita membina generasi yang cintakan perjuangan dan menjadi Islam sebagai sumber rujukan utama di dalam menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Apakah kita tega untuk melihat generasi yang bakal kita tinggalkan adalah generasi yang buta perjuangan Islam atau sebaliknya. Menzahirkan keindahan Islam itu adalah tanggungjawab kita bersama kerana kita yang bakal mencorak negara dan mengembalikan semula khilafah yang telah runtuh. Teruskan bersama Islam dan teruskan membangun bersama Islam.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment