Seketika, sengaja saya singgah di blog-blog sahabat saya untuk mencari maklumat dan ketenangan.
Entah mengapa sejak semalam, hati saya meronta-ronta untuk mendengar khabar tentang Kelantan. Fikiran saya menjadi agak bercelaru apabila memikirkan nasib Kelantan.Saya tiba-tiba menjadi sangat sebak apabila memikirkan apakah nasib negeri pertahanan terakhir Islam di Malaysia ini.
Petang tadi, jantung saya berdegup kencang apabila membaca berita-berita yang dilaporkan oleh akhbar lidah rasmi Barisan Nasional.
Satu persoalan yang bermain di fikiran saya, Barisan Nasional kali ini seolah-olah kurang peduli dengan kawasan lain dan mereka terlalu tertumpu pada kawasan kubu kuat PAS untuk dijajah. Melihat pada provokasi yang dimainkan, kelihatan benar mereka terlalu yakin bahawa mereka akan menang di Kelantan.
Air mata mengalir deras tatkala membaca perkhabaran terbaru di blog kakak angkat saya sebentar tadi, yang mengiyakan perasaan saya selama 2 hari ini.. Benarlah telahan saya, ada yang tak kena akan berlaku di Kelantan. Berikut adalah petikan kisah kakak angkat saya yang bertemu dengan sahabat beliau petang tadi yang saya kutip dari blog beliau. Sahabat kakak angkat saya bekerja sebagai salah seorang pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara.
Entah mengapa sejak semalam, hati saya meronta-ronta untuk mendengar khabar tentang Kelantan. Fikiran saya menjadi agak bercelaru apabila memikirkan nasib Kelantan.Saya tiba-tiba menjadi sangat sebak apabila memikirkan apakah nasib negeri pertahanan terakhir Islam di Malaysia ini.
Petang tadi, jantung saya berdegup kencang apabila membaca berita-berita yang dilaporkan oleh akhbar lidah rasmi Barisan Nasional.
Satu persoalan yang bermain di fikiran saya, Barisan Nasional kali ini seolah-olah kurang peduli dengan kawasan lain dan mereka terlalu tertumpu pada kawasan kubu kuat PAS untuk dijajah. Melihat pada provokasi yang dimainkan, kelihatan benar mereka terlalu yakin bahawa mereka akan menang di Kelantan.
Air mata mengalir deras tatkala membaca perkhabaran terbaru di blog kakak angkat saya sebentar tadi, yang mengiyakan perasaan saya selama 2 hari ini.. Benarlah telahan saya, ada yang tak kena akan berlaku di Kelantan. Berikut adalah petikan kisah kakak angkat saya yang bertemu dengan sahabat beliau petang tadi yang saya kutip dari blog beliau. Sahabat kakak angkat saya bekerja sebagai salah seorang pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara.
Saya dihubungi seorang kenalan yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara. Semenjak minggu lalu dia beria-ria ingin berjumpa saya. Suruh turun di Shah Alam pun dia tidak kisah. Apabila saya bertanyakan kenapa sejak dua menjak ini dia bersungguh mahu jumpa saya- dia berbisik cemas bahawa dia tidak boleh bercakap di telefon dalam pejabat .Bahaya.
Lalu hari ini saya mempunyai keluangan masa dan dia sendiri pun berada di Shah Alam.Kami mengadap sarapan pagi di warung seksyen 2 depan tasik Shah Alam.
Belum sempat menjamah makanan, dia segera buka sekeping fail kuning langsat. Dia kata tengok senarai ini. Saya hanya nampak senarai nama-nama perempuan dan lelaki. Helaian salinan yang seperti di cetak semula. Senget benget. Kawan saya ini photostate sendiri sambil tutup-tutup agaknya. Penakut sungguh.
"Kenapa?"
"Ini senarai sebanyak 30,000 orang berdaftar baru atau memperbaharui kad pengenalan di bawah aku. Aku pegang satu fail. Kau tahu ini semua kemana....ke Kelantan"
Dia terus bercerita. Semua ini adalah rakyat Thailand dan Indonesia yang akan diberi kewarganegaraan Malaysia dan akan dibenarkan menetap di Kelantan. Syarat mereka perlu mengundi BN di kelantan.
Saya kata itu bukan perkara baru.Memang BN berkuasa untuk buat semua itu.
"Masalahnya Nur...." kawan saya itu kelihatan cemas."Kali ni confirm BN menang di Kelate..mu tak perati ke cara Awang Adek cakap..confident giler sebab setakat ni memang BN dah menang..sakit ati aku tahu dok.."
"Acu mu baca program-program balik ngundi ke kelantan oleh BN baru-baru ni..itu bukan perantau dari kelate balik ghama-ghama (ramai-ramai) tuh ..sek-sek (puak-puak) Thailand belako tuh..dia angkut pi belah selangor dan KL dulu pastu konvoi ramai-ramai ke kelate..Sebab tu Annuar Musa beria-ria buat program preantau balik kelate..bukan perantau balik..pengundi hantu..."
"Mu tok here (tak hairan ) ke sebab apa JPN tiba-tiba memaklumkan bahawa sapo-sapo nok buat ic yang hilang JPN akan permudahkan kelulusan demi konon-konon pilihanraya. ..apa semua tuh?"
"Wok maghi la senara tuh..(Bagi la senarai tuh)..aku wi (bagi) ke peguam Pas untuk pantau ko.."saya hulur tangan.
"Tok leh...eeee.. mampuh aku (Mampus aku)..aku sore jah yang pegang senarai ni.. setiap senarai nama setiap pegawai.. kalau keluar hok ni maknonya bocor beloh aku la...."
"Doh tu (Habis tu)..mu nok suruh aku buat ghuano..(kau nak suruh aku buat macamana?).. "
"Panda-panda set-set mu la....(pandai- pandai PAS la buat ikut maklumat dia)"
Saya diam sambil terus menyuapkan nasi lemak. Senarai nama itu saya perhatikan. Nama- nama pegundi hantu ini saling tak tumpah macam nama-nama orang kelantan.
Saya nak buat macamana? Setakat melaporkan sebagai khabar angin boleh lah kepada PAs kawasan. Sebab bukti tiada untuk dibuat bantahan dan sebagainya.
Mungkin jentera pilihanraya PAs negeri Kelantan boleh perketatkan lagi pemantauan ke atas kemasukkan bas-bas persiaran ke negeri tersebut kalau benarlah ibarat yang di adukan oleh kawan saya itu. ............
Kepada pejuang pencinta agama Islam sekalian, janganlah kalian mudah berasa putus asa. Benar, jika dihitung secara logiknya, melalui tipu daya mereka, peluang untuk kita pertahankan Kelantan adalah hampir mustahil .Namun, jangan bimbang, selagi belum sampai ke saat terakhir, selagi mana kita masih bernyawa, kita jangan sesekali lunturkan semangat jihad kita untuk bergerak kerja. Pertajamkan lagi strategi, pasakkan lagi keimanan dan tawakkal pada Allah.
"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."( Al- Fath: 4)
Di saat genting ini, kita tidak punya masa lagi untuk pembaziran masa ke arah yang sia-sia.Tambahkan lagi kejiddiyahan dalam bergerak kerja. Seandainya pihak lawan yang kita ingin selamatkan mereka dari terus menzalimi diri sendiri dan orang lain pun sanggup bersengkang mata, bertungkus lumus ,bergerak kerja bermati-matian demi memastikan matlamat tercapai, kita sepatutnya berlebih-lebih lagi. Adakah kita mampu untuk tidur lena membiarkan sahaja perkara ini…..Sudah cukupkah usaha kita untuk membantu pertahankan satu-satunya kerajaan Islam kita? Bantulah sehabis yang mampu. Tidak mampu tenaga, wang dan doa jadi hantaran.Jauhi segala jenis maksiat, pelihara hati, iman dan. Niat.
"Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya) ... Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya) ." (Al-Fath: 2-3)
Renungkanlah, sahabat, mungkin Pilihanraya kali ini, adalah Pilihanraya yang terakhir untuk kita bergerak kerja demi Islam . Boleh jaminkah kita, bahawa kita akan hidup lagi untuk PRU yang akan datang??.... Fikirkan…
Bekerjalah untuk Islam seolah-olah kamu akan bertemu dengan tunangmu yakni kematian pada esok hari, wahai sahabatku..
3 comments:
Dude! Istiqamah n don't forget our battle cry "Wa makaru wa makarallah, wallahu khairul maa kiriin." Mmg deras air mata dan sebak tetapi in God we trust. Whatever the outcome Allah knows best! Allahu Akhbar!!
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangan telaga (di syurga)..
Agreed. Tq.
Post a Comment