2.01.2008

22 FeBRuaRi-TaRiKH MeNGuNiNGKaN KuaLa TeReNGGaNU

Janji BERSIH untuk mengadakan Karnival Rakyat pada bulan ini akhirnya terlaksana sudah.Satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan BERSIH melalui berita ini (sila klik) ,menetapkan Kuala Terengganu sebagai venue untuk perhimpunan gergasi secara aman dan tersusun sepertimana perhimpunan 10 November yang lalu.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr Syed Azman sendiri,perhimpunan ini akan dilangsungkan di Batu Buruk di kawasan persendirian.Yang mana penulis jangkakan di kawasan perhimpunan sama yang menyaksikan tindakan biadab Polis menembak warga awam.

Tarikh perhimpunan yang dijadualkan 23hb diawalkan kepada 22hb iaitu pada hari Jumaat memandangkan ini adalah hari cuti buat warga Terengganu. Antara punca venuenya terpaksa diubah adalah kerana kegagalan mendapatkan stadium di kawasan Lembah Klang apabila pengurusan stadium Bukit Jalil,Stadium Merdeka dilapor menolak permohonan BERSIH;sesuatu yang cukup bertentangan dengan janji Najib lebih sebulan yang lalu.Jika mungkin pengunjung terlupa,saya bawakan kembali ucapan Najib di TV3 pada akhir Disember 2007:



Inilah akhir permainan Najib.Kami akan bagi permit untuk perhimpunan di stadium,tapi stadiumnya tak nak bagi.Maka bukankah dipanggil belit?Sebelit ketuanya tatkala mengisytiharkan negara ini sebagai yang ke 6 tercekap di dunia..

Apa sekalipun kita tetap mendoakan moga perhimpuan kali ini akan berjalan lancar.Tiada provokasi polis yang menyusahkan peserta serta kemunculan gelombang kuning yang lebih besar daripada lautan manusia pada 10 November lalu.

Bandaraya Kuala Lumpur sudah merasa,'bandaraya' Kuala Terengganu lokasi seterusnya!

Ayuh kuningkan Kuala Terengganu 3 minggu dari sekarang!

iBNuZaCK: Nak ajak Abang Idris Jusoh join..

Sumber asal: http://ibnuzack.blogspot.com/

Mahasiswa Terengganu UPSI di tangkap Khalwat


 "Saya sudah tiada masa depan, mahkota kewanitaan saya telah di rosakkan oleh adik saya sendiri" demikianlah ungkapan yang lontarkan oleh seorang mahasiswi UPSI yang bakal menjadi seorang pendidik kepada anak-anak di Malaysia ini.

Kejadian berlaku disebuah hotel kelas rendah di bandar Tanjung Malim. Sepasang Pelajar Universiti pendidikan Sultan Idris telah ditangkap khalwat .Apa yang menarik Kedua-dua pasangan ini adalah penganut fahaman islam hadhari.

Inilah hasil dari " Tiada pencegahan dari Allah"(Nakalan minallah) Pasangan tersebut di tangkap pada 31 jan 2008.Kedua-dua mereka berasal dari Terennganu Bestari.

Ketika disoal siasat oleh anggota pencegah maksiat dari pejabat agama Tanjung Malim, pelajar perempuan dengan marah bercampur sedih memaklunkan bahawa masa depan dia telah hancur.Beliau seringkali dirogol oleh adiknya sendiri apabila pulang ke kampungnya di daerah Marang.

Walaupun sebelum ini beliau mendakwa telah memaklumkan kerja terkutuk adik beliau kepada ibunya, namum ibu beliau tidak pernah ambil peduli dalam hal ini.

Sebaik sahaja keterangan mereka berdua diambil oleh polis di IPD Tanjung Malim, pelajar perempuan tersebut telah membuat satu lapuran polis terhadap dakwaan beliau yang selalu di rogol oleh adiknya.

Ini merupakan kes yang perlu di ambil iktibar oleh kita semua.Mereka berdua ini adalah bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kita. Mereka berdua ini warga Terengganu Bestari yang sangat kuat Islam hadharinya, dinegeri mereka masa depan akan terjamin, negeri mereka berdua seringkali memahat sejarah, mencipta Tamaddun,Malahan di negeri merekalah terteggaknya taman tamadun Islam. Negeri mereka berdua juga sangat maju kerana terlalu banyak Pembangunan yang tidak Tergambar Oleh rakyat dan negari merekalah yang melahirkan generasi Ulul AlBab( pintu)

UPSI juga merupakan salah satu IPTA yang sangat kuat menyekat gerakan Islam pelajarnya.Pentadbiran UPSI sangat kuat dengan pengangan Islam Hadharinya.

Perumahan Hantu Burma

 Saya baru kembali dari Langkawi dan berita terbaru saya dengar dari sana… ialah, beberapa minggu lepas, orang orang Burma di Bukit Malut dan Taman Nilam beramai ramai beratur di Bank untuk menerima wang… dan dikatakan wang ini adalah untuk upah menjadi pengundi hantu semasa pilihanraya kelak..

Sebelum ini, pada tahun lepas, selepas kebakaran di Bukit Malut kali kedua, pihak tentera dibawah rejemen 504 wataniah telah membina perumahan disebelah Taman Nilam untuk orang orang Burma ini… dan sekarang perumahan tersebut sudah siap sepenuhnya dan sedia untuk diduduki… mungkin selepas pilihanraya kelak.

Menurut warga tempatan Langkawi, orang orang Burma ini sudah dihantar ke Kelantan dan Terengganu (mungkin ini yang dilaporkan oleh Harakah beberapa bulan lepas tentang orang orang Burma di pejabat Pendaftaran Kelantan) dan menurut mereka, kebanyakan orang orang Burma ini mempunyai kad pengenalan biru beralamatkan di Kelantan dan Terfengganu…

Sila lawat anak_perelih.fotopages.com/ untuk melihat gambar gambar perumahan baru pendatang Burma tersebut yang terletak berhampiran Taman Nilam, Kisap, Langkawi.

Saya berharap agar pihak BA dapat menyiasat dan memantau akan hal ini kerana ditakuti mereka mereka ini akan digunakan oleh BN/UMNO untuk merampas Kelantan serta memenangi Terengganu.

ADs